Tom Yam Nam Khon - ต้มยำน้ำข้น

Bismillah 

Tom yam ialah masakan berkuah yang memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam  dengan penggunaan herba wangi. 
Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili.
 Tom yam biasanya dihasilkan menggunakan
 udang (tom yum goong atau tom yum kung), 
ayam (tom yum kai),
 ikan (tom yum pa di sebahagian Laos dan tom yum pla di Thailand)
atau campuran makanan laut (tom yum thale atau tom yum po taek) dan cendawan 

.Sup itu sendiri sering ditabur dengan sejumlah besar daun hirisan segar daun ketumbar. Kadang kala, lada giling Thailand
 (nam phrik phao, Bahasa Thai: น้ำพริกเผา) 
 Variasi baru tom yam adalah tom yum nam khon (Bahasa Thai: ต้มยำน้ำข้น)
 di mana sedikit susu atau santan dicampurkan kepada kuah sebagai sentuhan akhir, 

Adaptasi ini tidak patut dikelirukan dengan tom kha gai ("sup lengkuas ayam"),
 di mana lengkuas merupakan perisa utama bagi sup berasaskan santan.



haaa macam ilmiah sangat ayat kat atas tu? hahaha 
sedikit info berkenaan tom yam ye ...
so tom yam yang kami masak kat ofis ni nama nya 
TOM YAM NAM KHON
sebab kami tambah susu cair dalam tom yam ni 
baru umphh....lemak melekat, terpikat, terangkat ...hahaha 

malas nak tulis resepi ...ala tau korang lagi pandai masak 
ni pun masak campak-campak je nama nya 
asalkan masak sedap boleh ngappp kami on je 
nampak sedap tak tomyam kitorang ? ekekkeke 


eleh-eleh buat-buat bizi je Mak lang tu ..
padahal memang dia pun yang masukkan bahan-bahan tu ...
Kak Ana chief Chef ...hahaha 
iolss orang sinki dapur je .... siang-siang ketam, sotong, udang 
cuci-cuci pinggang ...itu ajer ...hahahha 


yang kat kerusi tu sibuk merakam video rupanya ...hahahha 
dia boleh rakam buat suara cartoon..ceit...segan plak nak upload kat sini ..ngeeee 

perghh..telan-telan ailio balik tengok gambar ni 
memang sedap oii
tomyam panas, pedas lemak-lemak kena plak ngan pekasam masam-masam 
cicah pulak cencalok 

gulllrrppp ....gurrlllpp 
ngeeeeeeee 

kicap tu favorite Mak Langg...dia dan kicap tak boleh dipisahkan 
asal makan nasi misti nak kicap 
"kicap nak? " teringat Arwah Pak Yus, Jambu 
Al-fatihah buat arwah 

ha..senduk jangan tak senduk 
makan berenam je kami 
masak seperiuk..hoii kenyang...
petang boleh repeat lagi 


" a plate of happiness"

makan macam ni kena duduk bersila
hadap semangkuk tomyam  kopek isi ketam dan udang 
leleh-leleh kat tangan ..perghh
confirm boss lalu pun tak perasan ...hahahhahaha  

sekian 


8 comments:

Fazleyatul Aini said...

perghh terbaik siap masak tomyam kat opis
kita pernah sekali masak bubur dalam periuk nasi tu, siap tumis ok. hambek 1 opis bau. tobat lepas tu x nak masak dah. jenuh spary febreze haha

idzwa kamaruddin said...

hamboi korangggg kemain masak masak kat office! best giler kot!

Nafira usof said...

laju2 telan ailio. hahahaha
sedap yang amat nih. sonok lah tgk orang ade geng makan sporting camnih. jimat jugak makan ramai2 camnih kan~

wahida said...

ya Rabbi sumpah aku terliur tgk tomyam korang...
aku nak buat jugak la mcm ni kat ofis..laju2 ajak member...hahaha...

Siqah Hussin said...

Terliur haa tengok tomyam! Sedapnyaaaa! Boleh cuba masak tomyam letak susu cair. Tak pernah lagi merasa tomyam camtu.

ArELeEz said...

silap haribln, boss pon tumpang sekaki. eh, 2 kaki! ha3..

Puan Kutu said...

sedapnya tomyam..sy memang suka tomyam..klu yg versi thailand tu2 memang letak susu cair sikit kan..baru sempoi

adianiez AIDA said...

pergh ! dap nyer tomyam!!!!!!!

Kuala Gandah Elephant Sanctuary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi  takut terlepas d...