Bismillah.....
harap tak ada yang pelik baca tajuk entry ...
ketahuilah bahawa tuan blog ni palinggg malas nak fikir tajuk untuk setiap entry beliau
Tuan blog ni kadang-kadang tu ada inisiatif nak update blog
tapi disebabkan kegagalan mencari tajuk yang sesuai pun boleh buat spoil mood...hahahhaa
pagi tadi masuk English class....
haishh..belajar grammar, vocabulary , pronunciation ?
pergh bunyik macam teror la ...macam faham la apa yang belajar tadi ...
tapi harapan sebenarnya ...hahaha
harapkan pagar , pagar makan padi...
harapkan pen, pen pun macam nak makan tuan ..wakakka
tak faham? o.k ayat tak berbunganya
"konon pegang pen salin nota, tapi nyaris pen tu tercucuk mata, sebab terlelap oii"
hahahha
bukan sebab cikgu tak best ke hape tapi sebab tak cukup tido laaa
cikgu excellent ...anak murid yang masalahnya
bukan sebab cikgu tak best ke hape tapi sebab tak cukup tido laaa
cikgu excellent ...anak murid yang masalahnya
sekarang ni musim panas sangat kan ?
Saya memang cuba mengurangkan aktiviti luar
cuba tak nak terdedah dengan matahari
sebab saya sejak dah dewasa, dah kerja
kulit jadi sensitif ke mengada macam mana
kena panas sikit berpeluh sikit dah nak ruam, mengelupas bagai
eh bencik lah jugak
padahal saya bukan lah yang lahir-lahir duduk dalam aircond
kenal aircond pun dulu bila naik bas- sejuk.....naik kereta-sejuk
pergi bank-sejuk, pergi klinik-sejuk
gitulah pengenalan saya bersama aircond :P
lepastu dah kerja barulah boleh dikatakan most of the time kat office memanglah aircond
mungkin sebab tu lah kot kulit ni jadi sensitif
pastu sekarang kalau tido malam mesti nak pakai aircond
kalau tak! memang payah la nak lelap
mula la gatal-gatal leher sebab ruam
bencik lagi
Tengok gambar yang diorang hantar kat group ni
hoihhh.....sedapnye alahai ...
seumur hidup saya pernah tengok gambar je ais kepal rare ni
pastu tengok dalam cerita Rock O ...yang movie ada Que Haidar buat ais kepal tu
bungkus pulak dengan surat khabar
nampak sedap ...
tapi zaman saya dah tak famous dah ais kepal ni kot ?
ke tempat saya je yang dah tak famous ?
ke ABC dah ambil tempat ais kepal tu ?
ntah la
korang pernah makan tak ais kepal ni ?
ada apa ek dalam bola bulat tu?
kosong ke ada kacang ? jagung?
eh..banyak nye soalan ?
sorry
o.kbai
sekian
14 comments:
tak penah beli/ makan. tapi macam ada blogger update, cafe somewhere in Perak ada jual benda ni. skrg kan trend benda benda lama up balik kan.
tak tahu la nok apa ada dalam ais kepal tu...teringin jugak nak rasa..
mmg kan, nak cari tajuk setiap kali nak buat entry mmg la payahhhhhhhh....
Tak pernah makan pulak ais kepal ni. Nak tahu jugak apa dalamnya. Tengok pun rasa gigi dah ngilu. Hihi.
Memang susah nak fikir tajuk blog. Siqah pun mengalaminya. Payah ehhhh ~
menggamit kenangan la pulak bila baca bab pengenalan mdm_mawar dengan aircond tu..hihi, tapi eh sungguhlah akak ni pun tak pernah bersua lagi dengan ais kepal tu.. mcmana mknnya tu
dlm hati tlg laaaa jgn tanya banyak soklan.. wakkakaa
ais kepal ke tu...uniknya..mmg rare
samalah kita tajuk pening nk tulis...
bestnya bebola ais tu..
xpenah mkn jugak. tp, mak penah citer psl ais kepal. mase zmn ma sekolah dulu, mmg fofular ais kepal ni. klu dpt mkn, rase macam heaven sgt katanye.. he3..
panas2 ni dok rumah tido je hahaha
nak kuar malas. berbahang oi
1st time tgk ais kepal mcm bola dragon ball...hikhik
Tak pernah makan aia kepal.hidup2 memang tahu abc semata2.hehe..
Teruk sgt ke english classnya tu smp tertido.haha
heh..samalah..
part tajuk tu pening skmo nk mikir..
mmg skarang cuaca pns y amat..duk rmh berpeluh-peluh. bru lps mndi pom bpeluh..
tu zaman dulu2 kan ais kepal..
Betul, panas cuaca. Kuor joging pagi, abis basah lenjun.
Dulu ada orang Tepeng niaga ais kepal, skrang tak tau la dia niaga lagi ke dak.
aida tak pernah jumpa pun ais kepal tu hu hu...
and yes, tiap mlm skang tido ber air-cond.
melambung lambung bil tnb :(
Post a Comment