Erti sebuah Kemerdekaan pada diri anda?
Pada aku kemerdekaan adalah Bebas daripada penjajah..aku amat bersyukur dan berasa sangat bertuah kerana dilahirkan disebuah negara yang Merdeka, aman dan makmur. aku bebas nak kemana2..tak macam negara lain yang hidup dalam peperangan..nak kuar rumah pun takot..Bom sana sini...duduk dalam rumah pun belum tentu selamat...Kematian dimana-mana..hidup dalam ketakutan...makanan tak cukup atau tak de langsung...aku rase sangat bersyukur....kita kat Malaysia ni bukan makan tak cukup..tapi Terlebih cukup. Sebab tu kadang-kadang aku tengok ade jugak orang kita yang macam tak bersyukur atas apa yang kita nikmati selama ni, itu tak betul, ini tak kena, asyik nak membangkang.. buat aku rase cam tak faham ape yang diorang nak sebenarnya!!! statement ni tak tujukan pada mana2 pihak ye.
Apa yang anda buat pada Hari Merdeka?
Dah 2 tahun aku pergi Dataran tengok perarakan. Tapi rasanya tahun ni kat kampung ..So aku akan melangut kat depan TV la kot..hihihi
Adakah anda mengibarkan Jalur Gemilang dirumah atau kenderaan anda ?
kat umah sewa aku tak de
kat kampung rasenya ada sbb tiap tahun ayah aku pasang
kat kereta ada
apa perasaan anda bila melihat Jalur Gemilang dibakar?
Marah jugak.. x faham kenapa buat macam tu ... semangat patriotik la pulak hihi
Lagu berunsur patriotik yang anda tahu?
lagu Jalur Gemilang
lagu 31 ogos
lagu yang buruh nelayan dan juga petani.... aku tak ingat tajuk nya
lagu Puji dan syukur pada ilahi...pun tak ingat tajuk
dan beberapa lagu lagi yang aku tak ingat tajuknya
..hihihi ..Pelupa btol ..banyak makan semut ke aku? ..
Semperna Bulan Kemerdekaan ni.... nak tujukan tag ni kepada beberapa orang pilihan hati :