Bismillah ...
Ha...see..Areleez buat slot KKBA tajuk masakan misti nama keba-boom...
so kita nak tiru juga letak nama masakan kita...
kerlas tak nama masakan saya ? hahahhahaha
padan ngan tuan dia kan
sebab saya tak pandai masak ..of course la ianya mudah nak di buat ye
kalau yang susah-susah tak reti - sekian ...hahaha
AYAM PAPRIK
Bahan-bahannya:
ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih – potong dice
1 biji bawang besar
biji cili api - dipecah-pecahkan aje ikut pedas nak macammana
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
1/2 biji karot - dihiris serong
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air
ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih – potong dice
1 biji bawang besar
biji cili api - dipecah-pecahkan aje ikut pedas nak macammana
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
1/2 biji karot - dihiris serong
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air
kalau ade kacang panjang ke buncis ke potong serong ..campak sekali ..
lagi satu putik jagung ....kalau nak wat seafood pun boleh .
Cara-caranya:
Tumis bawang putih
hingga wangi.Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Semua jenis sos tadi tu masak sekali hingga pecah minyak jugak. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam masak ye .Tambahkan air dan masak hingga mendidih. Jangan lupa garam, gula dan sedikit serbuk perasa jika suka. Masukkan semua sayur mayur tadi dan kacau rata. Masak hingga
sayur empuk. Kalau kuah tu nampak pekat sangat tambah air sesedap mata o.k....dah namapk cair sikit o.k la tu kan ..
Selamat mencuba resepi ayam paprik cincai-cincaiyok saya
Sekian.
2 comments:
saya suka paprik
sebab rasa macam 1 lauk yang complete
ada ayam udang sayur2
so tak payah nak kene masak sayur lain
hihihi
ok, fine! mmg kebabom! ha3..
Post a Comment