Journey to the hill

 Bismillah...

Weekend hari tu kitorang secara tak dirancang 'ter' pergi jalan-jalan kat Fraser Hill 
haha..memang tak de langsung dalam perancangan 
terjaga awal pagi-siap-gerak 

cume berbekalkan sejumlah duit 
dua buah biji Helmet 
sebuah motosikal..vroomm..vromm... 
kami pun pergi Fraser Hill 

dan ianya memang best ...cool giler naik bukit dengan motosikal 
sejuk...view yang sungguh amazing! 
mana tak menakjubkan ...melalui jambatan merentangi diantara dua buah bukit
rasa macam cerita Journey To The Center of the Earth gitu
sayangnya tak de la pulak snap gambar 
tengah jalan kan Tn.john mana naunya berhenti nak ambik gamabr semata-mata 


Perjalanan kami bermula seawal 7.00 pagi bertolak dari rumah di Batang Kali 
dan berhenti untuk breakfast 
makan sikit je...buat kata orang tua-tua alas perut je..
karang nak naik ke taas sana sakit perut tak seronok la kan 
ini trek permulaan mendaki ke Fraser Hill 
jalan memang berliku-liku 
corner baring, corner lentok sume ada 
tapi kami ride kurang mencabar lagi rupanya!

ada yang lebih mencabar .....

ramai group cycling yang kayuh basikal dari bawah naik ke puncak Fraser Hill tu 
ko bayangkan lah ? gigih gilaaaa...dan kagumnya bila diorang berjaya sampai ke puncak
azam dan semangat juang yang jitu oiii 
hasil titik peluh guna kudrat sendiri kayuh sampai atas 

 masa ni dah sampai atas 
kebas punggung kami pun berhenti rehat ...
rehatakn urat saraf dulu ...

Tn.John tak pakai baju yang tebal pun...
so dia menyesal sebab sejuk...hahahha
masa kat rumah bila saya pakai sweater dia bising 
cakap kalau panas jangan nak merungut ye! ppppfffftttttt 
sekali bila sampai atas...oiiii sejuknya 
suhu antara 21°C ke 23°C

duduk la berpeluk tubuh bang oii..ekekkeek 
cakap adinda takmo didengari ...


nanti kita sambung lagi ...
tapi sambung dengan gambar la....
nak cerita tak ada apa sgt pun nak diceritakan ...
huhu


Sekian . 

2 comments:

Fazleyatul Aini said...

woiii apsal kurus ni share secret sket !

idzwa kamaruddin said...

wahhh best nyer ride!