Pantai PD selamat dikunjungi
PORT DICKSON 13 Jan. - ''Pantai peranginan Port Dickson selamat. Tiada apa yang perlu dibimbangkan."
Itu reaksi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Samsuddin sebagai mengulas kejadian seorang lelaki yang mendakwa diserang seekor reptilia ketika mandi di pantai tersebut baru-baru ini.
Beliau menafikan lelaki itu digigit seekor reptilia - buaya, sebaliknya menegaskan, kemungkinan ia diserang haiwan lain ketika mandi.
''Di kawasan tempat lelaki itu mandi tiada buaya," tegasnya.
Dalam kejadian 1 Januari lalu, seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, mengalami luka teruk dan terpaksa menerima kira-kira 50 jahitan dipercayai diserang seekor reptilia ketika mandi di pantai persendirian di Batu 3, dekat sini.
Pantai Batu 3 adalah kawasan persendirian yang menempatkan beberapa buah hotel.
Abdul Wahab berkata, beliau bersimpati dengan apa yang telah berlaku ke atas seorang lelaki yang berasal dari Melaka itu.
''Saya ingin tegaskan di sini bahawa lokasi tempat lelaki itu mandi bukannya kawasan pantai awam dan di luar seliaan MPPD serta pasukan penyelamat kelemasan pantai.
''Ia merupakan kawasan persendirian yang menempatkan dua hotel di situ," ujarnya.
Hasil siasatan dan pengamatan terhadap kecederaan yang dialami lelaki terbabit, kita dapati ia bukanlah daripada gigitan seekor buaya.
''Jika mangsa diserang seekor buaya, pasti berlaku pergelutan di antara haiwan itu dengan mangsa.''Kebiasaannya buaya akan memulas dan merentap mangsa yang digigit," katanya.Katanya, jika mangsa diserang oleh ikan yu, berkemungkinan juga kaki mangsa akan direntap.
Abdul Wahab juga menolak dakwaan pihak tertentu kononnya pihak berkuasa di Port Dickson mengabaikan mangsa dan bersikap lepas tangan.
''Ini dakwaan palsu. Mangsa telah dihantar ke Hospital Port Dickson sebelum mangsa sendiri meminta untuk dipindahkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.
''Dua orang Exco kerajaan negeri telah berkunjung ke Melaka untuk menemui mangsa dan menyatakan rasa simpati terhadap kejadian yang berlaku," ujarnya.
Sehubungan itu, Abdul Wahab menegaskan, orang ramai tidak perlu takut atau bimbang untuk berkelah di pantai peranginan ini kerana ia dijamin selamat.
''Saya nasihat orang ramai supaya mandi di kawasan awam seperti Teluk Kemang, Batu 4 dan Tanjung Biru di mana pengawal keselamatan pantai sentiasa bertugas di kawasan terbabit," ujarnya.
10 comments:
tak pedulilah buaya ke hapa, yg penting bahaya. even kalau bukan buaya pon, kome sanggup ke nak mandi kat ctu lagi?
rasanya bukan buaya buka yu tapi shark agaknya...sungguh simpati itu yang mampu exco cakap
Walaupun dah kate ok.. selamat tuk mandi manda.. tp mesti trauma nak p situ kan.. hu3x
Bungakopi : Sungguh teman idak la berani...huhu
mamai:apo nak dikato....tu jolah yang mampu dikato..ahax
Ena: tu la pasal...sape nak menempah maut ..
seram gak pantai ade buaya nie
hati2 kalau ke PD!
x kesahlah mana2 pantai pun.. kalau bukan buaya.. perkara lain pun boleh mendatangkan bahaya seperti ombak besar.. :)
salam...eeeeeeeeeee takut dengaq....
pelik gak kan.. apayg serang tu.. erm tak abih pikir lagik nih
salam..
errmm...sang buaya ada di mana-mana skang ni..di darat mau pun laut..
apa yang penting..
kena hati-hati selalu..
Uik? Ada jaws? huhuhuuu
Post a Comment