Bismillah...
Semalam balik dari office trus pegi Ikea ...
jalan-jalan ...makan karipap IKEA yang femes tu ?
..Karipap yang ada inti bersama telur kat dalam ...
yummy...yummy ..
pastu...nak balik pun rase macam awal lagi..
so pi la cineplex nak tengok wayang ..
tak de cerita yang best sgt pun..
tapi my Ling-ling cakap nak tengok cerita 127..
so xpelah... o.k je ..
wayang start kol 9.00 malam..
mmm..o.k gak ..sempat makan, solat sume ..
kali ni Cik Mawar dah cakapkan haritu ..
kalau ade yang dok tergoyang-goyang kat kerusi,
nak
cucuk kaki dia ngan jarum !! huhu
gila kejam
tapi semalam Cik Mawar tak buat pun begitu ..
sebabnya..orang yg dok kat belakang semalam
bersopan santun dan berhemah ye...
dia dok diam je ..hihi..macam tu baru tenang nak menonton :)
so...mai nak review sikit sampai habis cerita ni.
mula-mula rasa nak tengok cerita ni sebab
Sidia la sibuk sgt nak tengok...
kata dia cerita ni kisah mamat yang mungkin sesat, terjatuh dalam canyon (gaung)
terperangkap kat situ, tak dapat keluar , ikhtiar hidup ??
so o.k la ...layan jela kan??..
start cerita
semuanya o.k....
seorang jurutera kacak
Aron Ralston lakonan James Franco
yang telah pergi seorang diri ... meng
hikingkan dirinya
ke
Blue John Canyon berdekatan dengan Moab Utah
masa beliau berbasikan meredah gaung-gaung disitu
nampak sangat best
terfikir jugak kat kepala aku nih...
brand apekah basikal yang beliau gunakan ?
tahan lasak o.k ..walaupun terpelanting dan terjatuh pun
basikal tu nampak tak bermasalah pun ? huhu
Opss iklan basikal sekejap :P
o.k..ketika dalam perjalanan beliau menikmati keindahan alam tersebut
beliau terjumpa dengan dua orang minah ni...sesat !
pastu dengan baik hati dia tunjukkan jalan kat diorang nih..
pastu ade sikit saspen..
diorang masa tu melalui dua rekahan sempit dan terdapat lubang terus sampai ke bawah ..
pastu dengan slamber kodoknya mamat ni terus melungsurkan badan dia jatuh terus dalam lopak air besar kat bawah rekahan gaung tu ..
terkejut gak aku mula-mula..
ingatkan dia tergelungsur ..rupanya sengaja!!...ceh...
pastu lpas puas bermandi-manda..
dua orang gadis tadi pun dah nak blah dari situ ..
sebelum berlalu diorang sempat bergambar dan
menjemput si Ralston ke party kat tempat diorang ..
lpas diorang blah...si Aron Ralston ni pun meneruskan perjalanan beliau ..
berjalan kat celah-celah lubang..lalu celah rekahan batu
pastu...tiba-tiba ..dia paut kat satu batu bulat tu
ntah macammane ....
batu tu tak kukuh rupanya ..
dia tergelincir jatuh bersama batu bulat tersebut ..
dengan tak semena-mena
Batu tu telah menyepit tangan beliau ..
OMG...
aku dah tutup muka mase nih!!!
Sungguh ngeri o.k
kalau aku kat situasi dia...
tak dapat nak bayangkan ...mau meraung bagai nak gila..
dah la beliau pegi kesana tanpa memberitahu kepada sesiapa pun
jadi kalau hilang pun orang takkan tau nak cari kat mana...
pastu dengan kedaan tersepit tu ...nak duduk pun tak boleh ...
tido pun berdiri ...bekalan air beliau dah makin kurang ...
Si Ralston ni telah pun merakamkan apa yang terjadi kepada beliau ..
Perakam video tu lah jadi peneman setia dia...
sampai hari ke tiga...bekalan air dah makin kurang
dia ada bagitau berapa ml je air dia yang tinggal..
tapi aku lupe :p
akhirnya dia terpaksa minum air kencing dia sendiri!!!
OMG
Eeeuuuwwww...wekss..
beliau mula berimaginasi yang macam-macam..
bayangan minuman yang sedap , bayangan kekasih beliau , ahli keluarga
dan mula menyesal dalam beberapa perkara...
Selain itu suatu hari terdengar bunyi dentuman petir yang kuat dan awan hitam berarak..
beliau mula menadah air ..
dan akhirnya lubang tempat beliau tersepit telah dipenuhi air ..
dengan bantuan air yang banyak beliau telah berjaya melepaskan diri dan drive kereta ke rumah aweksnya ...namum kekasihnya itu enggan membantu..
sekaliiii...dia berangan lagi rupanya !!!
aku dah lega la dia dah lepas dari batu tu ...
rupanya tipah tertipu!..huhu
angan-angan semata-mata
Si Ralston juga ada melakukan beberapa aksi terlampau extreme
Beliau telah cuba menjerut lengan beliau dengan tali dan mencucuk tangan beliau dengan pisau serbaguna buatan China dia yang bagitau ye kalo tak aku pun tak tau
cucukan tu sampai ke tulang...OMG
sekali lagi aku tengok wayang dicelah-celah jari ...hahahaha
tapi tak berhasil ye..cucuk buat sakit je...hish !!!
masa ni aku nak pikir 24 jam kali 3 pun dah tak boleh..
kepala aku pulak yang pening memikirkan keadaan mamat nih..
macammane dia nak lepaskan diri..betapa sakit tangan yang dah tersepit tu
dan mati ke dia...huhu
dan akhir sekali...aku singkatkan la ...
n3 panjang-panjang buat orang malas nak bace sampai habis :P
setelah 5 hari beliau pun dah tak larat ..
berpanas dan sejuk...dan panas ..dan sejuk..
tanpa makanan...beliau nampak sgt teruk..
mata lebam dan cengkung...
pada suatu pagi...dengan kudrat yang ada ..
beliau telah merentap tangan beliau sampai patah tulang
rentap skali lagi sampai betul2 dah patah tulang tu ..
dengan bekalan pisau serbaguna yang tumpul!!!
beliau telah memotong tangannya!!!!!
Waaa.....tak leh tengok...Boleh pitam Wooo...
last skali, beliau telah terselamat tanpa sebelah tangan
(tangan yang dah dipotong tu masih ada kat batu yang tersepit tu)
Diselamatkan dengan helikopter ....
-tamat -
Moral Of The Story
Berpantang ajal sebelum maut
jangan panik kalau berlaku sesuatu musibah
Kalau nak kemana-mana SILA BAGITAU KEPADA ORANG LAIN (family)
Jangan terlalu berani
dan
Dimana ada usaha disitu ada jalan ....