SEJARAH : MH635 YANG TERHEMPAS DI TANJUNG KUPANG GELANG PATAH 4 DIS 1977 Part I

Bismillah....

hai semuaaaa....gaya Shiela Rosli dalam iklan ladys choice ...hahahha
o.k..hari ni jom kita belajar sejarah ...
korang tau tak bahawa Kapal Terbang MAS pernah terhempas?
yee...jawapannya Pernah sekali ...
o.k..hari ni nak cerita tentang kejadian misteri di kawasan tersebut dan sedikit sebanyak kejadian tersebut .....

Pramugari Ghaib dan jari yang putus
********************************************************************************
Antara faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bharu."Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang. " Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.
Kelibat wanita berpakaian seperti pramugari (baju lama) pada waktu malam di jalan sekitar Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.
Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.
Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.


Gugusan api terhempas
***************************************************************************
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.
"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.


Kutip Duit berguni-guni

*******************************************************************************

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.
Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.
"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

Cincin tersemat pada sebatang jari putus
*****************************************************************************
"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.
"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.
"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan ? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.

tunggu sambungan Part II !!










sumber : Email

6 comments:

Fazleyatul Aini said... Reply Comment

bagus entry ni
saya pon tak pernah tau tentang kewujudan tragedi ni
sebab saya x suka sejarah kot, dari sekolah lagi
tapi ini menarik!
sebab macam cerita scary
sambung2~! hihihi

matahati-aishahazhar said... Reply Comment

akak mmg tak pernah tau citer ni..
tapi bila baca citer ni..
hohoho.. scary betullah..

BENA said... Reply Comment

ok. takut lak bace sorang2 tengah malam . heeee ;)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@Lya Colours tula..scary tambah history movie..hihi

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@rATu kEBaYA tula....sharing is carng..ewah...:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@BENA ha...ape kat blakang tu.....hahahaha