#saladcarasaya

Bismillah....

Happy Chinese New Year pada yang celebrate  
pada yang cuti balik kampung tu hati-hati memandu , biar lambat asalkan selamat o.k 
booring juga bila cuti duduk rumah aje 
nak balik Perak pun mak cakap tak payah balik....
Banjir belum surut, kalau balik nak tido kat mana ?
kat pusat pemindahan Banjir tu pun dah ramai 
baiklah .....korang doakan lah banjir kat kampung saya cepat surut :'( 

o.k la kita balik kepada tajuk..huhu 
saya letak salad cara saya sebab saya rasa salad ni pun tak la healthy sgt 
ada guna sosej, fish fillet ...tu kan processed food 
tapi boleh la ....kalau yang diet tak strict try ler buat 
senang kacang kuda je ni huhu
bahan-bahan pun senang nak dapat 

 salad ni Mc Leen yang bawa 
dia cakap tekak dah tak boleh terima dah nak makan salad 
huhuhu 
baiklah jomlah kita olah salad ni bagi menarik tekak supaya terima 

 nilah rupa salad first trial 
alhamdulillah...habis dan tekak gumbira nak telan...hahhaa 
phewwww sambil flip tudung ...hahaha 

 esoknya kita buat lagi 
kali ni bahan lain sikit , Mc Leen bawa banya kot salad tu 
daun dia dah nak layu al kuyu dah pun 
harus kna cepat buat 

kita pakai fish fillet dan ayam guring (style arrian anak tomok) hihi 
untuk garnishing dan effek krupp...krappp kita pakai kacang tu 
apa nama kacang tu ? kacang koro ek? 

 ha..kita letak juga crab stick 
bagi banyak sikit ....baru ada semangat nak makan salad :P 
ini hijooo je..rasa cam kambing pulak kan ...mbbbekkk hihihi 

 saya suke baby tomato ni 
sedap ada effect masam manis kat situ 
kalau buat ulam makan ngan nasi pun sedappppp 

 campakkan aje semua sekali dalam satu bekas 

 kemudian saya buatkan dressing untuk ditambahkan dalam salad tu 
pakai mayonis kewpie, limau , garam sikit gula sikit 
dan sebatikan semua tu 

 dah siap gaul semua bagi sebati, semesra-mesranya 
huhuhu 

tadaaaaaaa... #saladcarasaya 
makan salad sambil taip blog? perghh sedap jugak tu 
daripada dok makan coklat atau kunyah kerepek 
baik gantikan dengan salad atau sebiji epal ...

gitu :P 


sekian 

Banjir besar melanda Perak

Bismillah 

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا
Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma'jurnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha
"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."
A photo posted by Ross_rashid (@ross_rashid) on

sedih bila teringat nasib diorang kat kampung 
rumah saya habis ditelenggami air...kali ni banjir paling teruk dalam 5 tahun 
air sampai paras pinggang  dalam rumah sesetengah kawasan dah paras dada 

7 minggu lepas ada juga banjir , tapi tak masuk dalam rumah 
6 Dec 2016
macam gambar dalam instagram saya 
tapi kali ni air melimpah sampai atas jalan 
kenderaan ringan memang tak boleh lalu 

Ya Allah kau lindungi dan permudahkanlah urusan mereka dikampungku 

air naik dalam masa satu malam
bangun pagi sua kaki nak turun katil eh...ada air
nasib tido atas katil....kalau tido atas tilam? habis laaaaaa
rumah yang tepi sungai macam rumah mak long saya
lagi lah....tengok dah terapung barang dalam rumah

ni depan rumah saya kat kampung sebelum pindah 
dah 2 hari diorang tak balik rumah 
sebab paras air masih di paras bahaya 

saya risaukan nasib kucing kat rumah
Jebat, Anje, mone dan riko
masa orang kelam kabut pindah diorang dah naik atas alang rumah
panggil turun tak nak pulak
terpaksa tinggal sekarang tak tau la harap ada tikus menyerah diri untuk diorang makan
riasu sangat ...huhuhuhu 

yang dalam akhbar Metro tu cousin saya
anak adik mak saya...kalau la farok boleh pergi rumah kak ngah tolong la ambil
diorang bawa pergi tempat selamat ......... sedihnyaaa 
habis kereta tenggelam ..memang tak dapat nak diselamatkan 
kereta kakak saya pun habis 
barang dalam rumah, katil, peti ais, tv , mesin basuh semua dah lapik bata 
tapi kalau air naik lagi sebab hujan tak berhenti-berhenti habislahhhhhhh 
huaaaaaaaaaa...stress la :'( :'( 



keadaan air yang dah melintas atas jalan raya
masa ni masih boleh lalu lagi




وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ 
[Surat Hud : 44]

Bermaksud :"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Surah Hud, ayat 44

Ayat dari surah Hud ini ayat Majazi. Ia boleh juga menjadi sebahagian Doa ketika menghadapi banjir besar.




 Jebat ni walaupun dia tak takut air , 
tapi kalau dah air dalam, saya takut dia terjun dengan harapan boleh berenang 
sekali dalam airnya ...

huaaaaaaaaaa...ya allah kau lindungilah keluarga ku kat kampung 
kau lindungilah kucing-kucingku :'( :'( 






Last Day till we meet again Langkawi

Bismillah 

sumpah ni last entry ...hahahah 
nak muntah recall semua yang kami lalui bersama kat sana 
kejap-kejap call Adleen tanya...hahaha 
kali ni tekad dah ...last episode 

pagi Jumaat 13 Jan 2017 
kami terus checkout dari hotel...misi Shopping bermulaaa...yehaaaa 
restoran pilihan nak makan pagi kat TERONG 

 sekali sampai depan terong tutup lagi 
baru je nak buka 
hampa, kuciwa 
jadi xpelah kita cari yang senang dan cepat ...terus hala ke Eagle square 

makan dekat food court area eagle square 
hurmm..food kat food court nama pun..boleh lah buat alas perut ....
nak cakap sedap tu payah sikit la 
saya punya roti goyang bersama baked bean sendu lagi sepi seciput kat hujung tu 
dan sosej Hawaiiii nama dia..hahha
 nasi lemak- o.k Aishah order soto ..
tak boleh nak makan spoil je 

gegas-gegas ke Dataran Helang nak ambil gambar 
sekali sampai matahari elok je naik belakang helang tu 
haduss....macam-macam angle ambik masih silau 
gambar jadi gelap 

 tabah aje la ...kita cuba apa adanya #siscuba ...hahaha
dapat la jugak daripada tak de kan ?

pastu dah nak gerak shopping ..haruslah muka happy semua...hahah
selamat la terbangkan uwang anda 

 lokasi shopping haruslah HIG 
besar nampak kompleks HIG ni 
tapi kedai kat dalam tak la banyak sgt 
kami shopping coklat kat sini 
 saya dan nina beli luggage RM 299 untuk 2 buah 
yang warna hitam tu 
boleh la kan
pepero dan sijil halalnya 

 ko pilih la nak coklat apa
macam-macam ada..pilih la sampai muntah
ada duit dengan xde duit je nak beli 
segala jenis coklat ada 

ada juga masuk sport city ni 
kata duty free...ingatkan murah 
rupanya tak ye ...sama je ngan harga kat KL pppfffttttt

 lokasi shopping kedua Langkawi Saga
sini pun banyak coklat...


HIG lama sebelum buka kompleks yang besar tadi 
kat sini saya beli set senduk dan comforter RM 70 je 
comforter yang patchwork tu
haaaaaa shopping tak hagak kau 
penuh gila kereta macam sardin terlebih ikan 
sampai ke depan barang 

nampak tu ..masa ni dah nak naik van nak ke airport 

 nasib baik masa kami nak makan kat restoran Wan Thai 
Hotel Bahagia bagi kami bilik ni tumpang simpan barang 
bagus sgt diorang ni tanpa charge apa-apa 

masa kami kat airport ada la beberapa insiden 
nasib sampai awal la jugak 
barang banyak kan ?
beli baggage untuk 60 Kg je 
risau jugak terlebih 
rupanya ngam-ngam soi je...pandaikami bajet...hahahha


masa nak check in baggage beg saya kena tahan dek kastam ...hahhaa 
sebab ada power bank kat dalam 
dia suruh keluarkan dan bawa masuk dalam kapal 
huhu tengah sibuk keluarkan power bank tu la boarding pass saya tak perasan letak tepi tu 
free je kena bebel hakak petang tu ....hahhahaha 
nasib tak hilang ...kalau tak, duduk la menukun kat Langkawi 

pastu masa nak masuk tempat menunggu flight tu 
kami kena sound dengan perempuan air asia 
sebab ?
sebab Elena tolong bawakan barang Mc leen jari dia luka 
barang Elena pegang ada 4 plastik kecik yang dalamnya ada coklat aje 
dia cakap sorang boleh bawa 3 bag je 
kalau bawa lebih boleh kena surcharge RM200
perghhhhhh...berdesing gak la kan 

ada ramai je tourist dari china siap bawa naik luggage besar tu ke atas 
boleh pulak? xde pulak kau bising ? apakah ini?
sebab sama gender ke apa ? 
perempuan tu malay takkan la benda kecik macam tu pun sampai nak ugut RM 200
xpe la dia period kot masa tu ..huhu 
#alasantypical

dalam flight saya dapat seat sorang-sorang ...hahah 
dapat la duduk tepi tingkap 
ajak Nina alih seat depan minta dengan steward dia bagi je 

tempat nina digantikan dengan iphone Mcleen ...hahha 

 elok je pakai seat belt 
behave budak iphone ni..muahahaha


masa pergi haritu stewardess je dlm flight 
masa balik ni steward ..budak-budak ni mula laaaa....hahha
hensem la bagai sampai ter oder food dalam flight ni ...
nampakkkkkkkkkk 
issh..ishh 

gambar terakhir kami sebelum berpisah ke haluan masing-masing 
KLIA 2 ni kalau selalu datang boleh kuruihhh 
hahhaha 
kena jalan jauh baru sampai ke pintu depan ...


o.k terima kasih sudi baca sampai habis 
ni baru pi langkawi dah berjela entry ...kalau pergi lagi jauh xtau lah macammana kan ..hehe 


sekian 

Restoran Haji Ramli dan Restoran Wan Thai

Bismillah...

booring juga bila la nak habis entry Langkawi ni...hahah 
tn.blog pun boring orang lain apatah lagi kan ? 
jadi kita make it simple and compact 
tak payah nak buat entry asing combine sekali gus 

malam kedua kami bagai nak pitam pusing cari kedai makan 
mmg dalam tentatif program kami tak de pilih nak makan mana 
just bila sampai masa kita waze kan je 

bila buka google cari je tempat makan area pantai cenang confirm keluar Restoran Haji Ramli 
jadi kami pun decide nak makan kat situ 

 masa sampai tak lah ramai orang 
jadi kami order masing-masing tak makan macam sebelum ni 
Ana dan Alia makan kuetiaw kungfu dan nasi paprik 
saya nasi putih, tomyam dan telur dadar 
Nina nasi goreng ikan masin 

Mc Leen Nasi goreng apa tak ingat Mc Ecah pun tak ingat nasi goreng apa 
Elena makan mee + mihun soup 
tapi kami masih teringat kesedapan salted egg squid dekat shellout malam sebelum tu 
jadi order la sotong goreng telur masin 

 sekali sampai ni lah rupa dia ?
jauh sangat beza rupa dia kan ? dengan berminyak? 
sedih...huhuhu kenapa la jadi macam ni ? 

 Tomyam saya pun tasteless tawar , cair 
isi ayam dalam tu ada la 5-6 ketul boleh tahan besar 
tapi sayangnya rasa nan hado 
bertabah je la makan nasi dengan tomyam tawar ....
menangis lagu cindai aje lah dalam hati 
sob..sob..sob 
 si nina tengah makan sekali tergigit something 
macam getah je kenyal nye...hihi 
sekali tengok telur masin ! apakah ?
telur masin dari sotong goreng telur masin tadi....nak goreng tu tak gaul dulu ke ?
main pecah telur campak dalam kuali 
tong ceng tong ceng siap!!!! 
amboii mudahnya buat duit kan ? 

maaf lah saya bukan nak menjatuhkan sesiapa 
atau merosakkan business orang ...cuma benda macam ni tak patut berlaku 
bila tengok highly recommended
tapi sayangnya food rasa hampeh? 
harga tak ingat berapa sebab dah upset dengan food terus lupa..huhu 
tapi rasanya takla mahal sgt 
kalau rege mahal, rasa hampeh mau satu entry khas baru puas hati ? huhuhu 
sorry  mungkin juga apa yang kami order tu bukan la special dish kat sana 
atau diorang pakar dalam masakan lain dan bukan apa yang kami pilih 
husnuzon o.k ..tengok orang selalu order ikan bakar 
mungkin tu yang sedap

Restoran Wan Thai ni kami makan sebelum naik flight 
restoran ni tepi Bahagia Hotel tu 
senang , sementara tunggu driver solat jumaat kita makan siap-siap 
 suasana retoran menarik 
nampak eksklusif kali ni kami order masing-masing untuk makan ramai-ramai 
apa yang kau order yang tu ko bayar ye 
Mc Leen dan Aisyah order ayam masak pedas, telur dadar dan kerabu sotong
tak berani dah nak order sotong goreng telur masin...hahahha 
serik!
saya dan nina order siakap stim limau dan Kailan ikan masin 
Elena order Udang masak apa tak ingat namanya 
Suzieana order tomyam seafood 

see makanan nampak sedap 
portion besar dan memang cukup untuk kami semua 
 sayur fresh, sotong fresh
 udang pun nalarekek 
puas hati, puas makan rasa pun marvelous 
mmg rasa macam makan kat Thai lah dengan dekorasi dia 

 my plate 
nasi comel ni sedap ...walaupun comel tapi mengenyangkan 


 lepas lauk pauk lain kami jamah 
siakap baru berkodek-kodek menyerah diri ...haha 
perghhhhhh ...sedap nya sambil taip telan ailio oii 

15 minit selesai 
semua licin..hahhaa alhamdulillah 
puas hati makan kat sini 
highly recommended....lauk boleh ratah lagi berlebih-lebih 
hihi ....

semua makanan yang kami pilih tu 
kami bayar dengan harga RM245

Alamat: 
80&82,Persiaran Bunga Raya, 
Kuah, 07000 Langkawi, 
Kedah, Malaysia
 Telefon: +60 12-430 8014
 Waktu perniagaan: 
11:00PG–3:00PTG, 6:30–10:00PTG