Banjir besar melanda Perak

Bismillah 

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا
Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma'jurnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha
"Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."
A photo posted by Ross_rashid (@ross_rashid) on

sedih bila teringat nasib diorang kat kampung 
rumah saya habis ditelenggami air...kali ni banjir paling teruk dalam 5 tahun 
air sampai paras pinggang  dalam rumah sesetengah kawasan dah paras dada 

7 minggu lepas ada juga banjir , tapi tak masuk dalam rumah 
6 Dec 2016
macam gambar dalam instagram saya 
tapi kali ni air melimpah sampai atas jalan 
kenderaan ringan memang tak boleh lalu 

Ya Allah kau lindungi dan permudahkanlah urusan mereka dikampungku 

air naik dalam masa satu malam
bangun pagi sua kaki nak turun katil eh...ada air
nasib tido atas katil....kalau tido atas tilam? habis laaaaaa
rumah yang tepi sungai macam rumah mak long saya
lagi lah....tengok dah terapung barang dalam rumah

ni depan rumah saya kat kampung sebelum pindah 
dah 2 hari diorang tak balik rumah 
sebab paras air masih di paras bahaya 

saya risaukan nasib kucing kat rumah
Jebat, Anje, mone dan riko
masa orang kelam kabut pindah diorang dah naik atas alang rumah
panggil turun tak nak pulak
terpaksa tinggal sekarang tak tau la harap ada tikus menyerah diri untuk diorang makan
riasu sangat ...huhuhuhu 

yang dalam akhbar Metro tu cousin saya
anak adik mak saya...kalau la farok boleh pergi rumah kak ngah tolong la ambil
diorang bawa pergi tempat selamat ......... sedihnyaaa 
habis kereta tenggelam ..memang tak dapat nak diselamatkan 
kereta kakak saya pun habis 
barang dalam rumah, katil, peti ais, tv , mesin basuh semua dah lapik bata 
tapi kalau air naik lagi sebab hujan tak berhenti-berhenti habislahhhhhhh 
huaaaaaaaaaa...stress la :'( :'( 


video

keadaan air yang dah melintas atas jalan raya
masa ni masih boleh lalu lagi




وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ 
[Surat Hud : 44]

Bermaksud :"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Surah Hud, ayat 44

Ayat dari surah Hud ini ayat Majazi. Ia boleh juga menjadi sebahagian Doa ketika menghadapi banjir besar.




 Jebat ni walaupun dia tak takut air , 
tapi kalau dah air dalam, saya takut dia terjun dengan harapan boleh berenang 
sekali dalam airnya ...

huaaaaaaaaaa...ya allah kau lindungilah keluarga ku kat kampung 
kau lindungilah kucing-kucingku :'( :'( 



Jangan malu-malu singgah lagi ye, Terima kasih.

2 ♡ kas|h beRpanJangan ♡:

ArELeEz said...

dugaan 2017. semoga sumenya dip'mudahkn, dilindungi & b'tabahlah.

LYAfrina said...

teruk jugak tu..
lya dh rasai semua ni tahun 2013..bnjir mgejut.. tputus hubungan luar..bantuan mkanan x smpai n xleh msuk sbb jambatan utama runtuh.. hanya y alami tahu betapa peritnya.. dgn hrta benda rosak n nk bersih /pulih smula keadaan rmh... letih y amat