Langkawi Art in Paradise 3D Museum - Day 1

Bismillah...

Dalam masa sepetang banyak tempat yang kami dapat explore 
ambil je package combo masa beli ticket Cable car tu 
nanti last saya buat summary sikit kos kat Oriental Village, Langkawi

Muzium 3D Langkawi telah dinobatkan sebagai Muzium Seni 3D terbesar di Malaysia
 dan kedua terbesar di dunia, kagum o.k 
mempunyai lebih daripada 200 karya seni yang mengagumkan dan kelihatan hampir seperti hidup!
  Diakses dalam jarak 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, 

turun dari Skycab kami kesini....sebab kami beli combo ticket 
masa nak masuk just tunjukkan resit bayaran 
tapi masa ni energy dah kurang ....cuaca panas lagi...
mood nak snap gambar tu kurang 
gambar museum ni pun tak snap dr luar ...huhuhu 

sebab nampak kucing hitam comel tu je sempat snap ..huhu 
masa nak masuk sini nanti kena buka kasut ye ...
make sure tak pakai stokin berlubang atau kaki asheeemmm 
hihihi 
segan la kat orang yang jaga kat rak kasut tu -___-"
air minuman pun tak boleh bawa masuk 
dia simpan barang dan bagi nombor dah nak keluar nanti dia akan return balik kasut kita 

masuk je kat dalam tu mula sekali akan nampak ikan duyung ni 
weeeeee...haruslah fe feeling mermaid disitu :P 
 sebelah tu ada jaws tapi tak snap pun gambar ngan jaws tu 
sorry jaws your teeth make me feel scared
>___<"
ppppfffffffffttttttttt 


 depan tu ada octopus, ada ikan mintak di kiss? 
yerkk no way! kat dasar laut mana ada brush to brush the teeth ..hahaha
tak payah nak muncung sgt la bibir tu gunting kang tau la :P 
nak tau ikan tu rupa mana? sorry tak snap gambar dia..
boleh tengok kat sini 

 octopus tu tengah menggila melambai-lambai tantakel dia
kite boley pulak wat love sambil nyerongen (menyegih) kat situ 
tak ke paneh je hati octopus tu agaknya ? hahaha 

 baru belajar surfer gini lah 
bukan senang nak balancing.aaaa..eh..aaa..ehhh  
dah macam merpati patah sayap pun ada..
"kau umpama merpati putih
patah sayapnya diudara ...hahahhaha" 

Mc Leen tu gaya dah macam helang sewah nak sambar ikan dah 
kata kat Langkawi haruslah kaitkan helang disitu :P 


dah penat belajar surfer kita rehat dulu  kat sini ....
sebenarnya masa ni kaki saya sakit gila....jalan pun bertabah je seret kaki ...sreeetttt...sreettt 
saya pernah terseliuh kaki sebelum  ni ... 
tapi bila banyak bergerak masa kat Langkawi ni 
kaki yang sakit tu menjadi-jadi pulak sakitnya 
nasib ada Nina ley pimpinkan hahaha 
abg tak de adik dia kita saukk heeeeee... nasib la ina ada kakak ipar gini :P 


alolololo...bakpe comey ngat mung ni? fox kan tu? 
Mc Chah patut la lulu awak merajuk kat rumah ..
dia ternampak kemesraan awak ngan Mr.Fox ni kot ? 

 eleh gigih nak ambik kunci hati siapa pulak tu Mc Leen oii ? 
kuat juga batu tu tampung awak kat situ..
jangan lompat2 tau bahaya tu ...hihihi 


Nina..please la jangan melasak macam ni ? 
jatuh karang apa la nak jawab kat mak, ayah ngan abg awak 
k.ros dah janji nak jaga awak kat sini ..turun-turun..jangan main kat tebing 
tergelincir kang ? acaner ? 
model bulat kat sebelah tu hurrmm...malas nak komen -____-"
sure magazine time tu tak laku untuk keluaran yang ni ...muahahahhaha 


 Elena tu kalau tak de tulis tak boleh naik sampai depan boat tu mau dia dah naik kan ? 
jangan macam-macam ye ...ahhaha
eleh...sebab tu esoknya masa mangrove tour bukan main lagi buat concert dikir barat kat 
muncung boat tu kan ? K.ros tau laaaaaa... :P 


 nampak tak ada 3 cute teddy kat situ ? 
tak nampak ? ada ...tengok betul-betul
yang tepi tu barbie doll sebab haluih sgt ...hahahha 


ni namanya semangat setia kawan..ececeh..
you jump i jump.. :P harapnya memang macam ni lah kami 
plan untuk next trip pulak lepas ni 
bila satu group setiap yang dalam group tu sebenarnya saling melengkapi 
itu guna pergi group ...kalau tak baik pergi sendiri-sendiri kan kalau buat hal sendiri je 
ada peranan masing-masing kena saling tolong-menolong 

haaaa gitu ...pesanan penaja ni :P 

swett sangat korang ni ...
terima kasih sebab create sweet memories ni bersama-sama 
walaupun masing-masing penat tapi masih boleh tersenyum 


belanja pic Tuan Blog sekeping 
kat sini masih dalam construction ni 
tapi love yang dipancari sinaran matahari nampak menarik pulak kat mata saya 
xpe xpe panas sikit je tu ...panas didunia..hahaha 

untuk yang terakhir 
dalam pakej kombo kami ada Skyrex ni sekali 
gambar dan details boleh tengok kat sini 

 Skyrex ni kena mendaki sikit 
haiiiilaaahh....kaki sakit dah terdengkot-dengkot 
bertabah jugak la naik ke atas...
walaupun berbelah bahagi nak masuk ke tak ...sebab masing-masing batery dah low 
nasib baik Elena bermurah hati nak belanja aiskrim ...
lepas kena aiskrim terus ada la semangat sikit ...hahaha 

show mula 6.15 kami dah naik kesitu 5.45 rasanya 
memang idok la nak turun tunggu kat bawah 
bersidai aje lah kami kat tangga atas tu 

ingatkan apa ada kat skyrex ni 
rupanya naik lori ni dan pakai spec 
kemudian kita akan dibawa mengembara ke alam dinosaur 
lalu di celahan kaki dinosaur 
tengok trex mengamuk campak helikopter 
pastu kena tanduk dek dinosaur ...goyang ganas la lori kami 
tapi best la juga pengembaraan selama kurang 15 minit rasanya 

Alia duduk sebelah saya 
siap jerit-jerit takuitt ...hihi 
xpe-xpe meh nak hug ...padahal ley je suruh dia buka spec 
hilang la dinosaur tu kan 
x payah la rugi dia nanti ..
bila lagi nak rasa pengembaraan 3D bersama kakak-kakak macam ni 

baiklah dah nak sampai penghujung dah ni 
seperti yang saya janjikan 
kos yang kami belanjakan di Oriental Village, Langkawi ni adalah seperti berikut : 

Skycab + 3D Art Museum + Skyrex = RM 57.00 
Skyglide nak turun ke Skybridge : RM 15 
Parking Tickets : RM 8 

Sekian ...
after this Entry makan ..yeayyy

selamat membaca 

5 comments:

idzwa kamaruddin said...

syok!~

Siqah Hussin said...

Bestnyaaaaaaaaaa! Tengok gambar mermaid, teringat Legend of the Blue Sea 😍 Siqah suka gambar ramai2 meniti papan konon kat sungai tu. Semangat setiakawan sangat. Banyak tempat menarik kat Langkawi!!

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Memang best bila dpt pegi reramai mcm ni lg best..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Yup...mmg syok

ArELeEz said...

langkawi sentiasa ade changes. sentiasa ade mende baru yg buleh di xplore. antara pulau yg happening kat m'sia, i guess..

Kuala Gandah Elephant Sanctuary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi  takut terlepas d...