Mangrove tour, Langkawi -Day 2

Bismillah ...

entry kali ni panjang o.k ....sebab malas nak buat part-part 
pening nak fikir apa yang nak di tulis..huhu 
jadi kita campur jela semua ..senang ...sekali harung je 

sampai di jeti nak ke Mangrove tour tu tunggu Pak Ali datang 
masa tengah makan kat kedai Pak Malau Pak Ali ada call
lokasi jeti ni dekat dengan Galeri Perdana 

masa sampai ingatkan Pak Ali yang akan bawa boat kami ....
rupanya tak ye ...hihi orang lain 
ada bro ni yang bawa ...nama apa wa pu chi tau wa pun tak tau :P  ...
korang dah naik boat tu ..masa tengah adjust nak keluar dari 'parking boat'
PASTIKAN TANGAN TIDAK PEGANG PADA TEPI BOAT 
haa....caps lock lagi...amaran ni.....sebab?
sebab bahaya kalau boat bergesel boleh putus jari jemari runcing anda ye 





masa kami start tour tu dalam pukul 9.00 pastu naik boat meredah sungai ...
sungai yang bersambung dengan laut ....Mangrove tour ni ambil masa dalam 4 jam 
ada beberapa lokasi yang akan kami lawat 

boring juga duduk dalam boat 
nasib la ada adik-adik ni menghiburkan hati ..hihi 
tak pelah layan gila-gila diorang sekali sekala ...hakak ni sporting no problem at all 
selagi tak merbahaya, tak mengancam korang buat lahhh ...gitu 


GUA BUAYA

Destinasi pertama kami ke Gua Buaya 
kata Bro yang bawa boat kami ...Gua Buaya ni dahulunya memang lubuk Buaya 
banyak buaya kat sini ...tapi sekarang dia cakap dah tak de
masa dia cakap dah tak de ...doa jugak dalam hati 
harap memang dah takde! hahahaha pemenamakutmutjumugakmak ye ...hihi 
faham ke ? tak faham buat-buat faham laaaa...  

Destinasi ni jadi Destinasi pertama sebab kena cepat sebab kalau air dah pasang , memang tak dapat nak lalu masuk dalam 
ruang masuk tu tenggelam dek air ...
korang nampak tak batu seperti kepala buaya 
 tengok gambar yang saya bulatkan kat bawah 



FISH FARM 
lokasi kedua kami menyusur sungai ke Fish farm ...
masa nak ke gua buaya tadi akan lalu kat sini ....cuma tak singgah jela 

 ni pemandangan dari jauh 
ada tempat bela ikan ...

ada jugak banyak kapal layar yang parking kat sini 
kata budak bawa boat kapal ni berlayar dari oversea 
ada dari Australia , New Zealand....cantik kapal diorang ni 

sesampai kami kat Fish Farm ni ada sorang adik ni yang akan bawa kami tengok apa yang ada dlm sangkar ikan diorang ..... 

nilah antara penghuni Sangkar ikan di Fish Farm ni 
ada ikan GT , kerapu yang besar punyaaaaa 
ada family ikan pari ...dan ada ikan sumpit yang akan buat show..hihi 
saya upload video di bawah ye 

kat dalam tu juga ada belangkas 
Belangkas ni kalau bakar ...perghhhh sedap oiii 
telur dia yang kita boleh makan 
kena org yang pandai masak belangkas ni ye ...kalau salah masak boleh kena poison 
dulu ayah saya selalu bawa balik ni ...mak akan bakar 
telur dia rasa lemak-lemak ....gurllpp sedapnya 
kalau nak tahu , belangkas Betina lebih besar dari belangkas jantan 
dan hanya belangkas betina yang ada telur 

A video posted by Ross_rashid (@ross_rashid) on
ha...... ni pertunjukan ikan sumpit
tengok betul-betul akan nampak ikan kecil warna bintik kuning akan sumpit roti tu 
tapi tak kena....kata penjaga sangkar dia silau ..huhu 

ada yang nampak tak ? 

 last sekali video family ikan pari ....
A video posted by Ross_rashid (@ross_rashid) on

ikan pari ni ada seekor jantan...namanya Abdul Rahman 
dan 3 ekor betina

Khadijah, Aisyah, Fatimah 
tapi Aisyah yang jadi perhatian sebab Mc Chah pun nama Aisyah juga...hihi 
layan la suara kami dalam video tu ..hhaha 

KILIM GEOFOREST PARK
Langkawi Geopark adalah nama baru pulau peranginan Langkawi.
 Langkawi Geopark merupakan satu jenama terbaru bagi menggambarkan keunikan taman geologi dunia di keseluruhan pulau Langkawi.
 Pelancong pencinta alam semulajadi dan geologi pastinya kagum dengan geopark yang terdapat di Langkawi.
 Langkawi diiktiraf sebagai geopark ke-49 di dunia dan pertama di Asia Tenggara oleh UNESCO. Geopark merupakan kawasan yang mempunyai unsur seperti sejarah batu,
formasi menarik pelbagai jenis batu, landskap unik dan indah,
 keseluruhan kawasan yang menarik dan mempesonakan serta mempunyai nilai warisan yang boleh dihayati dan dipelihara.

dari jauh dah nampak tulisan KILIM tu ..teruja jugak la 
selalu nampak kat google 
tengok thru website je ...ni dah terbentang depan mata 
Subhanallah...cantik 
masa ni kita kat laut Andaman dan sempadan Thailand 
phone saya tetiba je roaming plak ..haishhh 
laju-laju tutup data...haha 
nampak tak kat atas tulisan KILIM GEOFOREST PARK tu ada dua ekor kura-kura 
kura-kura sedang mengawan ni 
erkkk....lama beno berkasih sayang sampai keras jadik batu dahh...huhuhu 

tak payah la nak buat muke gangster kampung pisang tu Mc.Leen 
hahaha...tau la hari ni xde pergi tempat tinggi nak eksyen plak ...pppffffffffftttttt 

bestnya dah sampai sini 
cantik view dia 

yang ni namanya pulau kasut 
dekat area kilim tu jugak 
nampak pulau tu bentuk kasut kan 


Mc Chah teruja ke tengok kuih tu ?
hahaha nasib baik ada tapau kuih-muih kat kedai Pak Malau pagi tadi 
boleh bersantap atas boat 
lapo jugak la pusing punya pusing kan ... 



EAGLE FEEDING

lepas dah cuci mata kat KILIM kami dibawa tengok Helang makan 
seronok juga bila yang bawa bot ni nak bercerita 
kalau tengok je tak best sgt 
kita tak berapa faham 
nasib la Bro ni rajin layan ...hahaha 
bila cakap kat dia nak masukkan dalam blog 
terus dia terdiam dan senyum helang macam ni ...hahahha 


kata kat Langkawi kita pakai senyum Helang la...takkan nak pakai senyum kambing kan ?
ngeeeeeeeee :P 

dia cerita kat kami Helang kat sini ada lebih dari satu jenis 
tapi yang paling banyak helang merah la 
sebab tu pulau tu dinamakan Langkawi diambil dari nama helang merah 
kawi tu maksudnya merah 

kat sini ada juga helang putih 
Helang putih lebih besar dari dari Helang merah 
pastu katanya Helang putih ni setia orangnya binatangnya 
kalau nampak seekor pasti ada dua berdekatan 
sampaikan kalau seekor mati yang seekor lagi turut mati bersama 
perghhh setia tahap gaban la ni kan 

boleh buat pepatah baru 
"setia kehujung nyawa seperti Helang putih dan pasangannya" hahahhaha 
gigih kau buat pepatah baru 

masa kami sampai tak de boat lain pun sekitar tu 
jadi pemandu boat kami keluarkan lemak ayam untuk bagi diorang makan 
bila campak dalam air 
pemandu boat akan bunyikan enjin bot 
kalau dalam bahasa lain rem enjin bot 
faham tak ? hahaha tak faham saya pun tak leh fikir nak guna ayat apa yg lebih sesuai 
jadi helang ni dah tau tu signal untuk diorang makan 
hamboihhh...pandai noooo 

tak payah susah-susah memburu ikan dilaut asam ayam didarat 
hihihihi 
banyak kot helang ni 


makin lama makin banyak ekor yang keluar 
bot lain pun dah mula sampai 

GUA KELAWAR 

Akhir sekali kami ke Gua Kelawar 
tak jauh dari jeti kami naik boat 
ramai juga tourist lain yang datang sini 
nak masuk free bayar duit torch light je sebab dah masuk dalam pakej katanya 
torch light RM 2 kot tak ingat la...hilang ingatan dah mak cik huhuhu 
kalau salah nanti kita update balik 


euwww banyak kot kelawar dalam ni 
dah nama gua kelawar kan ? 
stalaktit dan stalakmit pun banyak 
jalan pusing hutan paya bakau 
ha....ni masa nak keluar da dari gua kelawar
tetiba jadi adventure plak kan ? hihihi
air pasang masa ni sebab tu trek tu dah naik air
meniti la hati-hati kat tepi tu ye

tak payah serius sangat la ...hihihi paling kuat pun basah kaki je :p pppffftttt
o.k la penat oii taip panjang-panjang
tapi demi menyajikan bacaan buat korang gigih mak cik taip sambil recall balik kisah kat sana
huhuhu

kami guna perkhidmatan dari Kak Maria ni
kalau berminat contact la dia ye

Pakej Mangrove Tour and Island Hopping 
Kak Maria : 0124581916
RM 500 sebuah boat 


sekian 

1 comment:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said... Reply Comment

mksudnye, org akn tangkap / carik belangkas betina je la, ek? mksudnye lg, belangkas jantan xlaku la, ek?