coretan pendosa


Bismillah.....

jam menunjukkan 12.37 minit pagi....
ntah kenapa susah nak tido malam ni...walaupun cerita
New Police Story lakonan Jackie Chan dekat TV boleh tahan bestnya...
tapi hati ni masih teringat cerita DESOLASI yg saya tengok tadi ...

awalnya saya bayangkan cerita ni ber genre action...
cerita lawan-lawan macam KL Gangster tu 
tak sangka rupanya cerita ni berunsur ketuhanan 

pada pandangan saya lah...mungkin sebab cerita ni berjaya buka hati saya
pada mula kisah ni agak keliru...kisah hidup Aiman bersama keluarga kecilnya 
tapi makin lama saya makin faham apa yg cuba disampaikan melalui cerita ni 
bukan sinopsis cerita ni yg nak saya tuliskan tapi apa yg saya rasa
melalui kisah yg disampaikan

manusia seperti saya memang ada pemikiran seperti Aiman...
selalu mempertikaikan sesuatu yg bukan pilihan kita tapi berlaku pada diri kita 
"kenapa aku?" ......"kenapa aku yang perlu tanggung semua ni?" 
"apa salah aku?" ..."kenapa hidup aku x seperti dia?"
"kenapa aku x dapat apa yg dia ada?" 




semua tu saya pernah terfikir....tapi sebenarnya 
kita tak pernah fikir apa yang kita ada tapi tak de pada org lain 
kita x pernah rasa apa yg Allah bagi kpd kita sebagai satu nikmat 
malahan mempertikaikan apa yg belum kita dapat
kita tak pernah bersyukur sebenarnya .... 😪


 Apa yang kita cari dalam hidup sepatutnya berlandaskan agama Allah
baru kita akan nampak jalan mana yg terbaik untuk kita pilih...
walaupun puas kita berdoa dan Allah belum makbulkan bukan sebab dia x sayangkan kita, 
bukan tak mendengar doa kita..dan
bukan alasan kita untuk lupakan dia ..😢😢😢
tapi ingatlah 
Allah adalah sebaik-baik perancang dan dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"akan datang kepada manusia suatu zaman, orang yang berpegang teguh kepada agamanya seperti orang yang menggenggam bara api"

walaupun saya rasa saya tak layak pun nak bercakap soal agama 
terlalu banyak kejahilan saya....tapi saya berharap untuk permulaan tahun 2017 
saya nak cuba perbaiki hubungan saya dengan Maha pencipta 
saya nak dekatkan diri denganNya 

jika kita jaga hubungan kita dengan Allah 
inshaallah hubungan kita sesama manusia juga akan terpelihara 


terima kasih untuk kesempatan hidup hingga ke saat ini
terima kasih atas setiap degup jantung ini 
terima kasih atas setiap udara yang dihembus saban waktu 
terima kasih atas penglihatan dikala sedar ku 
terima kasih atas setiap bunyi yg menrerpa ke telinga ku 

sesungguhnya aku hamba mu yg hina dan sering terlupa...
padamu yang maha pengasih dan pemurah aku titipkan Doa'
agar apa  yg ku coret mampu ku kota
tidak sekadar coretan nista sang pendosa 
😭😭😭




sekian 






2 comments:

ArELeEz said...

ok, fine. nk tgk gaklah filem desolasi ni.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@ArELeEz tengok la..mula-mula rasa x faham ..bila tengok sampai habis baru faham .

Kuala Gandah Elephant Sanctuary

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Hai Korang ...gigih mokcik curi masa nak hapdet cerita kali ni #suscuba hihihi  takut terlepas d...