Island Hopping, Langkawi - Day 2

Bismillah .... 

Cuaca petang tu kelihatan baik 
tak de tanda-tanda nak hujan sebab panas nya bukan main terik oiii 
terbakar kulit muka ...
kami sampai kat Jeti ni dan saya call Filla 
Filla ni assistant Kak Maria rasanya...dia yang arrange kat boat kedua untuk  kami 

kat sini tak de pelantar ye ....ko langkah la naik atas boat tu ....ada tangga kayu kecik 
hati-hati nak naik sebab pasir tu tenggelam bila dipijak 

kali ni naik boat sila lah pakai life jacket 
kita nak ke laut ye ....bukan sungai macam pagi tadi 
semua pun behave aje duduk ..dah la panas meleting-leting haha 

ajak Mc Chah Selfie dalam boat 
habis kembang-kembang tudung ditiup angin ....bBoat kali ni laju ye 
sambil naik bot boleh tengok biru je air laut dan dihiasi pulau-pulau 
destinasi pertama kami ialah Tasik Dayang Bunting 


Tasik Dayang Bunting merupakan sebuah tasik air tawar yang unik , terletak di Pulau Dayang Bunting , berdekatan dengan Pulau LangkawiKedahMalaysia. Luas tasik ini kira-kira sebesar Kompleks Stadium Bukit JalilKuala Lumpur. Dari jauh, tasik ini berwarna hijau dengan latar belakang bukit batu kapur menegak tinggi di hadapannya.
Tasik ini digelar Tasik Dayang Bunting kerana terletak di tepi pantai , kira-kira 500 meter dari tepi laut. Jadi airnya tidak bercampur dengan air laut yang masin. Sebuah jeti telah didirikan di gigi pantai dan tangga-tangga dibina bagi memudahkan pelancong datang ke Tasik Dayang Bunting. Di tepi tasik telah dibina pelantar terapung daripada getah dan plastik, dilengkapi dengan gerai jualan cenderamata, bot kayuh kaki, kayak , jaket keselamatan dan lain-lain.

ha..panjang-panjang ni rajin ke nak baca korang ? xpe skip je..tengok gamabr ...ahhaha 
ni just info kalau nak tau lah kita pun masa pergi tak tau pun...
dah balik baru gigih google :P 

Haritu masa atas boat ...Aisyah ada tanya apa kisah disebalik nama tasik ni
apa lagi balik pun search la
zaman sekarang klik je semua dihujung jari
ni saya paste kan untuk bacaan ye

 Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi.
 Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat
yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.
 Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu,
seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka,
dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari.
 Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.
 Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari. kira skodeng aje la dari jauh tak gentle la gitu kan ? huhu

pada suatu hari Mat Teja terjumpa Tuk Diang
Tuk Diang beri petua kepadanya,
ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut,
 kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar.

Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.
 Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan.
 Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut.
 Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya
kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.

 Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu,
ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu.
 Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu.
 Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.
 Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan,
 tetapi tidak duduk sama setempat.
Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.
 Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting
dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya.
 Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia.
keran aterlalu sedih Mambang Sari telah meletakkan jasad anaknya ke dalam sebuah tasik
dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

tak tau lah iye ke tidak cerita ni katapun kisah dongeng je kan
     

ni atas jeti nak masuk ke tasik tu
mula masuk kena bayar RM 5 Dewasa dan RM 3 untuk Kanak-kanak 
di sekitar kawasan nak masuk tu ada la gerai jual air dan makanan 

ha...lepastu selamat menapak la korang ye 
naik bukit tinggi boleh tahan la penat dia ...
ada anak-anak tangga 
kemudian turun tangga nak sampai ke kawasan tasik

ini lah pelantar yang disediakan boleh mandi manda kat sini 
ada kawasan dia buat pool yang tak dalam untuk anak-anak mandi 
ramai jugak la manusia masa ni 
tapi panas dia tak boleh nk cakap apa la.....terik betul 
macam terpacak matahari atas kepala uolsss 

Antara aktiviti yang boleh kita buat kat sini ialah naik boat kayuh , atau angsa 
Ana, Elena dan Alia naiklah boat tu ..kayuh-kayuh kat kawasan tasik tu 
kami yang lain hurrmmm....duduk bersidai je kat tepi-tepi ...cari kawasan yang redup 


sambil tu bagi makan ikan keli 
kenal la chipsmore ikan keli kat situ masa hari kami sampai ...hahah 
tapi macam jual mahal je 
tak nak pulak dia makan ...sikit-sikit je 


Pelancong juga boleh bermain dengan ikan-ikan keli di dalam kolam ternakan - satu jenis terapi untuk mereka yang kebas dan lenguh-lenguh kaki. 
Beberapa buah tandas dan wakaf yang sesuai telah dibina bagi kemudahan para pengunjung . 
Pelancong dinasihatkan mandi di tasik ini dengan menggunakan jaket keselamatan . 
Kedalaman tasik ini kira-kira 10 meter - jangan terjun sembarangan ye.
Abg yang bawa bot tu pun dah pesan ...mandi hati-hati 
air tasik tu dalam bukan boleh main suka hati kau je nak terjun tiruk kat situ 

haaaaaa..... nidia laluan uols...
selamat la mendaki ..tangga bukan main besar berjarak ..jenuh mak cik nak langkah ..hahah 
Mengah jugak bila dah turun nak kena naik balik 
2 kali berhenti ambik napas...huhu 

lepastu kami dibawa tengok Helang lagi 
kali ni kat Pulau Helang 
masa nak sampai sini abg tu bagitahu la ni pulau Singa Besar , 
Pulau Kentut, Pulau Payar 
tak tipu ..abg tu yang cakap ye ...haha 
banyak juga helangnya 
tiga jenis Helang yang saya ingat - Helang Merah , Helang putih dan Helang Sewah 
Helang Sewah tu Helang kecik je yang selalu makan ayam kat kampung tu 


ha..nampak tu matahari terpacak ata atas kepala 
nak tengok helang pun silau 
nasib bila naik bot angin kuat rasa la selesa sikit 

lokasi terakhir Pantai Beras Basah 

Abg bawa bot cakap pulau ni dapat nama sebab dulu diorang ada tanam padi huma kat pulau ni 
sebab tu beras basah ...ntah iye ke idok wa pu chi tau wa pun tak tau 
dia cerita kita dengar la kan ...
tapi ada jugak logiknya 
cantik pantai ni 
kami diturunkan kat jeti tu 
masa nak lalu banyak betul ikan 
Aisyah dan Elena bertabah bagi makan ikan 
panas tu ......

kami dah lepak kat tepi pantai 
si Ana dan adik nya Alia dah main air laut 
sebenarnya energy dah low masa ni 
jadi mood nak buat aktiviti tu dah kurang ....ada niat kat hati nak main pasir 
buat istana pasir ke? hahahhaa tapi ...hurmmm 
sedoo (sedar) ..udah ler dah tua takpayah la nak main pasir bagai 
duduk je ambik angin laut 

tetiba si Aisyah cakap 
korang jangan terkejut ye ..buat rileks je 
haaaa...dah kenapa ?? terus naik question mark kat kepala ...haha

sekali toleh......Subhanallah terkezut mok cik 
besar oii Kera ni dah ada kat belakang saya 
hahaha....saya kelam kabut bangun...dia macam menuju kearah saya 
hoi..dappp..diiipp...dupppp jugak la jantung 
dah ko nak apa ? haha...dia elok berdiri depan saya tinggi lutut ada la 

saya cuba kontrol jangan lari takut dia kejar 
saya pandang mata dia tengok plastik kat tangan saya
Hei dia tengok kita
 hei dia jeling mata
 aduh mak senyum lagi 
amboi nona manis sekali
eh...sempat lagi keluar lagu ..

kedaan tengah tegang ni ! hahahha 

o.k fine... saya cuba tafsirkan dia nak makan
ni misti teringin nakmakan karipap Pak Malau ni ?
huhu dari pulau tu nak ke kedai Pak Malau jauh ...ahhahhaa
dushh...apa la kuat merapu mak cik ni

terus la bagi dia karipap Pak Malau ...
3 ketul oi dia bedal ...licin ...tapi cara dia makan dia kutil kulit karipap tu
makan inti je ..haha pandai ko ye ..ko ingat ni pisang ?

bukan main tau Kera Jantan ni
pandai make up ...tapi pakai eye shadow putih mana kena ...hahahhaha
tak faham boleh zoom gambar kera kat atas

kat sini dalam sejam rasanya 
tak de aktiviti apa sangat pun ...ada gerai jual air kat sekitar tu 
si Elena ajak ambil gambar lompat 
selama 31 tahun ni tak pernah cuba lagi ...hahahhaa 
jadi layan la ...nanti dah tua nyesal pulak tak pernah ada gambar terapung macam tu 
pppffffftttttt 


Beras Basah Island 
kalau dapat mandi best ni oii tapi tak de pun bawa baju extra 
tengok foreigner rileks je 
pakai bikini je dari dalam boat pastu turun terus masuk air berendam 
pastu sun bath tanpa segan silu tergolek bagai sea lion kat tepi pantai 
senang nye hidup dia ...biar gemuk pun confident je ..hehehhe

haaaa...nilah baru nampak Mc leen ni menyengih ...
happy sangat konon tangkap ikan kat pantai
nak cakap tangkap ikan tu kat tepi pantai pun I tak sanggup you :P
hahaha sebab ikan tu mana hidup kat pantai ..dia kat laut dalam kot?
hihihi ntah sesat mana boleh ada kat pantai tu hahaha

kami pulang ke pangkal jalan pada lebih kurang pukul 5.30 petang
hari masih awal..jom la shopping sikit
hihihi tak tahan gatal tangan nak shopping :P hihi

ikut tentatif program akan shopping last day
fuhhhhhhhh settle entry Day -2 tinggal makan malam je
Entry panas jugak tu
huhu

Sekian .