deruan ombak menghempas pantai disusuli desiran pasir di pantai nan Indah..
dari kejauhan kelihatan sepasang kekasih sedang menikmati indahnya mentari jingga yang kian tenggelam di ufuk timur....
"dear, dear....I ingat hujung tahun ni I nak suruh parents I pegi pinang u lah sayang"
tiba2 dengan spontan zakuan melutut di depan Ona...dan..
"Will u marry me my pretty cinderella?"
pipi ona yang putih melepak itu berubah kemerah-merahan
"alah..gatal la U honey"
dengan manje hidung zakuan dicubitnya..
..pulang sahaja kerumah, Ona tersenyum sendirian..
..hati nya terdetik..
"brape ye aku nak mintak dr Zakuan?"
mmmm.....
.............................................................................................................................................................
"Hello, makkkk....."
"Ish...budak bertuah ni, assalamualaikum?...Awat ngan Hang ni Konah? La ni dah tak reti ka nak bagi salam ? terjerit2 telipon mak hang ni , awat pasai apa?"
Onah memcebik mulutnya mendengar leteran bondanya itu....
.......
"ala....Assalamualaikum mak tersayang"
"ha..Walaikumsalam...macam tu baru anak mak, apa hai nya Konah telipon mak ni"
" Ni yang Chek nak bgtau mak ni....mak, keluarga Zakuan nak mai masuk minang chek, mak"
"haish, hang biaq betoi konah?"
"betoi la mak...chek tak tipu aih"
"xpa la kalau lagu tu sat gi mak habaq kat pak hang"
"bila depa nak mai?"
"Ujung bulan depan, Mak ...Chek ada satu benda lagi nak habaq kat mak ni"
"Ha, menatang apa lagi yang hang nak habaq?"
"Mak, nanti mak letak la duit hantaran Chek tu 15 ribu 5 ratus lapan puluh lima sen.....kan hari jadi chek 15-05-85"
"Hah, hang gila ka Konah? hang ingat aku nak jual anak ka?...lagipun gaji polis macam Zakuan tu mampu ka nak bagi lagu tu punya banyak kat hang?, aku takmau anak menantu aku berutang"
"ala, mak ni.......zaman la ni memang orang letak harga lagu tu mak, nanti kalau letak cket2 mana cukup nak buat kenduri, lagipun anak mak ni kan lawa....?"
"hang tok sah dok pandai2...mana buleh tak cukup...orang ukuq baju kat badan sendiri tau dak?yang hang nak ikot orang tu wat apa?"
namun
Ona tidak berpuas hati dengan jawapan bondanya itu
...........................................................................................................................................................................
permintaan Ona tidak berakhir setakat itu sahaja...
pada suatu petang
"Assalamualaikum mak, mak ngan pak sehat?"
"W'salam, sehat aih...hang chat ka Konah?"
"sehat la mak...ni yang chek teipon mak lagi ni"
"ha, awat...ada apa lagi ni?"
"mak, pasai semalam tu la..., knapa tak boleh letak duit hantaran Konah 15,500.85?
"Hang tok sah nak menagda-ngada, aku kata tak boleh...tak boleh la..awat payah sangat nak paham?"
"kalau hang nak sangat no.lima tu, aku letak 5 ribu 5 ratus lapan puluh lima sen, boleh la..."
"ala.......mak ni...terok..tak sayang anak langsung, malu la chek..kawan2 sume duit hantaran mahal2...padahal depa tak lawa mana pun...chek lagi lawa"
"Konah oi..pasai aku sayang kat hang la aku tak bagi letak harga lagu tu, hang ingat lawa ni boleh bawak ke mati ka"
"Awat plak?"
"Awat tak awat la.......Hang betoi2 nak tau pasai apa?"
.........................................................................................................................................................................
1. Pasai aku sayang kat hang, aku hantaq hang belajaq tinggi2....hang memang pandai..tapi
Hang tak reti masak!!! Masuk Dapoq langsung hang tak mau...hang takot kasaq tangan, nak goreng ikan takot meletup kena muka....masak nasi hangit... bley bg orang gaji buat semua....klau macam tu biar laki ko kawen ngan orang gaji je la...
2. Pasai aku sayang kat hang, masa belajaq aku bagi duit soh hantaq baju kat Dobi, aku nak hang tumpukan pada pelajaran...tapi sekarang, aku pegi umah sewa hang... baju bersepuk kat bilik ayaq, hang kata...xpa mak nanti chek boleh beli lain
3. Pasai aku sayang kat hang aku tak pernah langsung bagi hang pegang pencuci bilik ayaq...semua aku yang buat..sebab aku nak hang pandai ...dapat kerja baguih...tapi sekarang ni, aku tengok bilik ayaq kat umah sewa hang ....Ya, allah....berdaki, berlumut....macam setahun tak penah gosok....hang kata, xpa mak...bilik ayaq tu chek ja guna bukan ada orang lain nampak...
4. Pasai aku sayang kat hang...hang langsung tak tau nak apa.........sebab tu la aku tak letak duit hantaran belas ribu macam yang hang mintak....aku malu kat bakal mak mertua hang...aku malu kat Zakuan...aku tak mau..nanti dah kawen depa kata
" tak berbaloi langsung bagi hantaran belas2 ribu, nak uruskan rumah tangga langsung hang tak reti.....yang hang reti dok melawa ja"
"bila suatu hari hang bergaduh dengan laki hang, dia ungkit pasai duit hantaran yang berbelas ribu ni..."
...................................................................................................................................................................
Ona terkedu mendengar jawapan bonda nya tu...
..................................................................................................................................................................
"Lepas ni aku tak mau dengaq lagi hang cakap tentang ni, kalau hang nak jugak hantaran belas2 ribu tu.....hang bincang dulu sendiri ngan Zakuan....
1. tanya kat dia...dia mampu tak? atau
2. hang tolong dia kumpul duit...share 2 orang...
3. Hang blajaq la buat kerja rumah cket2...apa yang patut...jangan nak pemalas sangat
Hang paham dak Konah?"
"Faham mak"
......................................................................................................................................
Moral of the story.....
girls : kena la belajar ape yang patut....tak pandai ari ni tak bererti selamanya tak kan pandai...
tak rajin tak bererti selamanya malas ....
guys : nak pinang awek tu make sure bincang dulu....
gtau ape yang kamu harapkan dari dia....klau nak dia masakkan untuk kamu soh die blajar dr sekarang....
klau kamu nak dia jadi tuan puteri.... kumpul duit dari sekarang dan bersiap sedialah cari bibik.