Rescue Johny a.k.a Che Mat

Bismillah.... 

Cerita ni minggu lepas punya .....pagi tu sampai je kat ofis jumpa linda dekat lobi 
nampak je muke saya dia terus cakap 
"ada anak anjing la dekat tangga, kesian"

masa tu sy nak rush b'fast dengan Tn.John ..memang dengar sekali lalu jela 
tak hadam pun..kakakkakaka 
tapi masuk je ofis tengok kat group wasap pun Linda ada tunjuk gambar sekali 
skali tengok kesiannya misti kesejukan semalaman tido kat situ 

jadi pagi tu dalam pukul 10.00 macam tu kami turun la pergi tengok 
 memang dia anjing ..binatang yang haram 
tapi dia juga makhluk Allah dan berhak untuk dapat kehidupan kat Dunia ni 
sedih pulak hati tengok dia ...kotor...sejuk ...dan dia baik! 
kami pergi dekat memang dia tak kacau tak gerak pun 
cuma sayu hati saya dari redup pandangan mata dia 

 kami bagi dia makan ayam goreng dua ketul dan saya kebetulan ada kibbles performance kucing 
saya bawak jela untuk dia makan...
kami juga bawakan bekas minuman untuk dia ....kat tangga tu panas 

 bila pergi dekat lagi la sedih ....
kaki dia patah ....teruk! alahai ...be strong doggy 
saya namakan dia Che Mat ...tapi kami rasa sesuai panggil Johny ..hahahha 
hentam la labu....asalkan ko selamat 

 tengahari tu kami pergi lagi bagi dia makanan...dan kami bawa Anand (ofismate)
nak minta tolong buangkan plastik yang tersangkut pada kaki dia yang patah tu 
sebab ms pergi pagi tadi nampak dia nak buang plastik tu tapi tak boleh ...

bila tengok rupanya plastik tu lekat dekat celah kuku dia yang pecah 
memang susah nak buang .....nasib baik kebetulan ada seorang lelaki India ni lalu 
dan dia tolong Anand buangkan plastik tu 
bila kami datang Cik Mat ni akan goyangkan ekor dia..huhu 
sedih pulak ...sensitip sgt la pulak phuiii ...hahahhahah 

muke dia nampak macam happy je plastik dah tak de :P 
(paham sgt la ko kan muke happy anjing cemana) 
hahahhahahhahah

actually masa hari first Linda nampak Cik Mat ni dia dah cuba contact sesiapa yang boleh rescue Cik Mat 
tapi masa haritu memang tak ada orang yang free boleh datang rescue dia 
gigih Linda post dekat facebook .....
dia pun ada contact dengan President  Malaysia Independent Animal Rescue 

Keesokan harinya Cik Mat masih ditempat yang sama ....
kami pergi berdua bagi dia makanan .....saya tengok dia batuk-batuk 
Ya Allah kesiannya ....misti la kesejukan malam tadi hujan 
masa tu berharap sangat ada yang sudi tolong ....
anjing ni bukan anjing liar ....kalau tengok rasenya dia ada tuan sebelum ni 
anjing cantik ...kalau elok dijual harga dalam 2-3K jugak 
ni dah sakit terbiar 

tapi tenghari after lunch hour saya tengok dia dari atas ofis...dah tak de ! 
masa tu berharap ada yang datang rescue .....tapi masih risau dia jatuh dalam longkang ?
atau ada anjing liar datang kacau? 
saya dan linda turun ke bawah cari bawah tangga....dalam longkang semua tak ada ...
dalam masa sama ada orang yang contact Linda nak dtg rescue Cik Mat 
tapi kami tengok dia dah tak da dan dah bgtau orang tu Anjing tu dah tak de kat situ 

:( 

petang tu dalam 7.30 malam hujan turun...saya turun pergi cari dia dengan Cik Addleen 
tapi tak ada ...kesiaannya ..hujan lebat mana la dia tido 
:(  :(  :( 

10.36 pagi hari ketiga kami dimaklumkan dia telah diselamatkan ...
Alhamdulillah.....syukur :) 
dan orang yang selamatkan dia tu namanya Casey Cpangaok Zaman 
 kami diberi gambar ni
 :)   :) :) 
thanks a lot for giving better life for this cute Johny a.k.a Cik Mat 


Sekian kisah Johny a.k.a Cik Mat ....
akhirnya setelah dia diselamatkan barulah kami tahu dia sebenarnya seekor BETINA
hahahhahahahha

jadi kena la tukar nama Jenny :P

Ohya..kalau anda rasa ingin memberikan sedikit bantuan kepada Insan-insan berhati mulia ni
boleh la hulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban
dan memudahkan mereka membantu binatang yang terbiar ...
apa salahnya rezeki yang Allah kurniakan kita kongsi sedikit dengan yang memerlukan
tak banyak sorang 2 ringgit pun dah boleh bantu..diorang bukan just tolong Anjing..kucing pun ada



sekian


Jangan malu-malu singgah lagi ye, Terima kasih.

4 ♡ kas|h beRpanJangan ♡:

adianiez AIDA said...

alhamdulillah...
makhluk Allah juga.
lgpun ia dlm kesakitan kelaparan...
good job!

Sara Lynn said...

hope ramai yang berhati mulia untuk membantu makhluk Allah ni juga....

LYAfrina said...

alhamdulillah..mujur dia btemu dgn org y betul..
x salah pon kita nk selamatkan anjing..x berdosa..malah dpt pahala.. y haram cuma pegang dgn sengaja & kulit+bulu basah... just samak..

ArELeEz said...

syahdu baca u & ur frens kindness. keep it up!