Bismillah....
Petang semalam saya dikejutkan dengan berita kematian jiran sebelah rumah ayah (FIL)
Jiran tu close ngan family Tn.John ....
kata Tn.John ...Siva tu dia dah kenal dari kecik lagi ...dari Siva masih bujang .. :'(
memang kami terkejut sangat2...sebab dia nampak sihat ...
selalu petang-petang dia akan berkebun, bakar sampah kat atas bukit tepi rumah tu ...
kali terakhir saya nampak dia hari isnin lepas...
Tn.John ade tegur dia ..tapi petang semalam dah tak de ....
ayah cakap dia kena serangan jantung masa tengah drive ambik anak dia balik sekolah ...
tiba-tiba dia pengsan kat setereng kereta ...nasib baik anak dia ada kat sebelah ...
pastu hantar hospital dah disahkan meninggal kerana Serangan jantung
Semoga dia tenang di sana
Gambar Kenangan Keluarga Siva masa Majlis Perkahwinan kami
takut lah bila fikirkan pasal serangan jantung ni ....
benda ni datang secara tiba-tiba ... tak de signal apa-apa ....
jadi meh nak share sikit info tentang serangan jantung ni ...
apa yang perlu kita buat untuk mengelakkan Serangan jantung ?
Ubah gaya hidup dari segi :
pemakanan
berat badan
bersenam
yang saya bold ni untuk ingatan diri sendiri -_-"
berhenti merokok
elak konflik dan stress
Buat pemeriksaan darah
paras TG(lemak)
paras Cholesterol
paras gula
Regular dan proper checkup
Darah Tinggi
Kencing Manis
Penyakit jantung bukan hanya menyerang lelaki sahaja
tetapi juga menyerang wanita dan kanak-kanak. Walaubagaimanapun risiko golongan
wanita mendapat penyakit jantung adalah lebih rendah kerana tubuh wanita
mempunyai paras estrogen yang tinggi ketika masih subur yang berupaya
melindungi wanita daripada risiko sakit jantung.
Diabetes melitus atau penyakit diabetes menjadi faktor
tertinggi penyebab penyakit jantung. Penyakit diabetes menyebabkan gangguan
metabolisma karbohidrat kerana kekurangan hormon pankreas insulin untuk
menukarkan gula menjadi tenaga.
Please Ross...take note this !!!!!
Punca Penyakit Jantung
# Usia 35 tahun ke atas - Wanita yang menopous
berisiko tinggi mendapat penyakit jantung
# Kolestrol berlebihan
# Tekanan Darah Tinggi
# Tabiat Merokok
# Tekanan Tinggi (Stress)
# Lemak dalam tubuh berlebihan -
ukur lilit
pinggang lebih 80cm berisiko tinggi mendapat
sakit jantung --> tak sampai 80....tapi kena take note
# Kurang Bersenam
# Diabetes Melitus atau Penyakit kencing manis
# Sejarah keluarga yang mempunyai masalah sakit
jantung
# Berat badan berlebihan
Bagaimana Punca Menyebabkan Penyakit Jantung Terjadi
>> Asap Rokok
Asap rokok mempercepatkan
pembekuan darah
Menggalakkan pemendapan lemak
pada dinding salur darah
Mengurangkan bekalan oksigen
ke jantung
Tekanan perasaan
>> Lemak Berlebihan
Pengambilan makanan tinggi
kandungan lemak
>> Kurang Bersenam
Pengaliran darah ke jantung
tidak begitu lancar
Jantung lemah
>> Darah Tinggi
Menggalakkan penyempitan
salur darah dan jantung terpaksa mengepam lebih kuat
Lebih tinggi tekanan darah
tinggi lebih besar risiko serangan sakit jantung
Setakat ni belum ade lagi darah tinggi ...tapi kena take extra note
>> Penyakit Kencing Manis
Berisiko tinggi untuk
mendapat penyakit jantung
Cara Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
# Berhenti merokok
# Mengambil ubat atau lebih baik supplement
semulajadi untuk mengawal tekanan
darah tinggi atau penyakit kencing manis
# Kawal Stress dengan cara hidup sihat - dapatkan
tidur dan rehat yang cukup,
jalani aktiviti fizikal
# Pilih daging putih seperti ayam dan ikan serta
kurang pengambilan daging merah
# Kerap Bersenam- berjalan kaki sambil membeli
belah merupakan senaman paling mudah
# Ambil makanan tinggi serat untuk pembakaran lemak
atau kolestrol yang lebih baik
# Pilih makanan berkhasiat - lebihkan ikan,
buah-buahan dan sayuran.
# Pilih makanan rendah lemak
# Pilih cara memasak yang sihat - panggang, rebus
dan kukus
Simptom Penyakit Jantung
>> Sukar bernafas jika berbaring
>> Sakit kepala
>> Pening
>> Pengsan
>> Berasa tertekan
>> Kerap terjaga ketika tidur
>> Sakit dada
>> Rasa pijar dibahagian dada
>> Bengkak bahagian buku lali
5 comments:
thanks sharing. sama2 la kita jaga kesihatan. penyakit sekarang pon memang tak kenal usia dah
sepupu budak opis cheqna pun ada meninggal semalam...meninggal dalam tidur..katanya jantung gak
huhu..risau jugak...doc cakap aku de risiko kencing manis..pasni kena keep fit sket!
kerap terjaga ketika tidur.. sy la tu.. huhuhu T__T
kesimpulannye, mmg kene work out kn? biar kuar peluh.
Post a Comment