Bahagia...

Bismillah...

hari ni nak sembang-sembang kosong je ....
kadang-kadang saya tengok orang yang letak gambar 
pergi jalan-jalan..bersama suami dan anak-anak , letak gambar mesra-mesra gitu ...
dalam hati berkata 
"bahagianya diorang " 
tapi bila difikir-fikirkan ..saya terus beristifar ...
habis..saya yang tak pernah letak gambar mesra-mesra ni 
tak bahagia kah?
dah tentu lah kami bahagia jugak..cuma tak la di war-warkan kepada umum ... 
sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada ...
bukannya memandang atas kelebihan yang orang lain tunjukkan ..
dan apa yang orang lain tunjukkan tu bukannya niat nak 
tunjukkan kebahagiaan diorang pada kita..
cuma sebagai kenangan terindah diorang untuk dikongsikan bersama orang lain ...


jadi apakah ukuran pada sesebuah kebahagiaan?

selalu jalan-jalan dan bercuti itu bahagia kah?
punya ramai anak itu bahagia kah?
dapat hadiah yang harga beratus itu bahagia kah? 
atau 
bahagia itu ialah ketenangan dan kesempurnaan hidup yang hanya kita dapat rasai ..
orang yang bujang tak berkahwin pun boleh bahagia ....
kunci pada kebahagiaan ialah terletak pada diri sendiri ...
I Choose to be happy ....

tak semesti orang yang berkahwin berpuluh tahun dan tak punya anak itu tak bahagia kan?
ingat lagi kata-kata seorang ex-boss masa kerja kat TNB 
masa tu last day beliau ...dah pencen tapi diorang tak dikurniakan zuriat....
sambil peluk bahu isteri dia...dia cakap 
"We have to take care ourselves to make sure we can take care each other until the end
because I only have her and she's only have me ...." 
so sweet....
dia ade duit banyak ...dan semestinya ade peluang untuk kawin lain ...
tapi dia tak mengukur kebahagiaan beliau dengan anak ....

macam tu jugak dengan pergi bercuti kan ?
kira bonus lah kalau diberikan rezeki lebih untuk pergi jalan-jalan dan bercuti ...
tapi kalau tak pergi pun still bahagia ...
habis orang yang berpendapatan rendah ...
orang dulu-dulu..mana ade diorang pergi bercuti bagai ...
tapi happy je sampai akhir hayat ....

macam orang yang bujang tu ...
asyik la orang dok tanya dia bila nak kawen...bila nak kawen...
habis kalau belum kawen tu tak boleh happy la?
kalau tak de jodoh lagi tu tak best la ?
Eh....orang bujang la kena happy...enjoy their life ...
masa muda tu datangnya sekali sahaja...
jadi bahagiakan lah orang di sekeliling sebelum pegang tanggungjawab 
untuk bahagiakan suami dan anak-anak...
masa bujang ni lah berbakti sepenuhnya pada keluarga...
happykan keluarga ....

Jadi walau apa pun... kita kna bersyukur atas kurniaan tuhan ...
jagan jadikan sesuatu perkara sebagai penyebab untuk mengatakan yang kita tak bahagia ...
bahagia itu ialah apa yang kita pilih...pilih untuk bahagia atau berduka ...
selagi kita berusaha untuk membahagiakan orang yang kita sayang ...
selagi itulah kebahagiaan itu akan menjadi milik kita ....



alamak..panjang pulak la membebel...
sejak dua tiga menjak ni memang terasa yang diri ini kuat membebel...hahahhaa
adoiyai ...
Sekian ...wassalam..

13 comments:

Izwa Kamaruddin said... Reply Comment

panjang tapi saya suka entry nie :)

Ashar said... Reply Comment

kebahgiaan tu subjektif ada orang bhgia walau papa kedana ada orang bahgia cukup sekadar berdua..

Lynnda said... Reply Comment

Bersabarlah duhai hati.. Cewah!! Haha...

cheqna said... Reply Comment

bahagia itu hanya kita yang rasa

Miss Layaleya said... Reply Comment

tersentuh hati saya baca ni.. thanks utk entry yg pjg ni.. :)

Unknown said... Reply Comment

saya bujang... **xde idea nk komen* hahaha

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@:: Mrs.Eady :: Entry dari hati ni ..hihi

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@prience heartmemag pun..terpulang pada pilihan individu ...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@Lynndahahha..hati akak o.k je ....

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@cheqnayup...memang ..orang lain menilai dari luaran je ...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@Miss Layaleyahuhuhu...yes! berjaya jugak cuit hati Cik Layaleya kite ...hihihi

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply Comment

@Sara Lynn orang bujang memang begitu ...ahhahahha

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said... Reply Comment

syukur alhamdulillah.. ;)

kdg2 t'khilaf gak sbb rase down bila still xde rezeki nk dpt baby. tp, i choose to be happy bila i keep on thinking +vely that God knows what's the best for us. +, kdg2 ade gak org yg dikurniakn baby/anak tp, ekonominye goyah. tuhan beri kelebihan & kekurangan.. yg penting redha & sabar.. insyaallah.. bahagia pasti milik kita. ;)