Puding Roti Simple

Bismillah...

kita kembali ke segmen masak-masak di dapur cik kiah yew ...ewah..hihi
semalam balik umah tengok expired date roti 17/08/2011
maknanya semalam tu dah sampai tarikh expired...

roti ade lagi 5 6 keping ...kalau dibiarkan mmg buang jela jawabnya ..
so kna la merajinkan diri ....

ktong ktang..ktong ktang .... taraaaa..
puding roti yang simple :P

Meh nak share resepi :

Bahan-bahan

Roti 5-6 keping
ikot saiz loyang

1/2 tin : susu cair
kalau guna bekas besar gunalah 1 tin susu
saya guna krimer Sejat F&N yang pink tu
4 sudu besar : gula
tak manis sangat ..kalau yang suka manis..tambah la gula lagi
2 susu kecil : esen vanilla
2 sudu mentega
untuk sapu atas roti
2 biji telur

untuk kuah custard
1/2 tin susu cair
2 sudu besar air
2 sudu besar gula
1 sedu besar tepung custard

cara-cara:

campurkan gula , telur,esen vanilla dan kacau sehingga sebati .
Kemudian masakkan susu sampai panas...tapi jgn sampai mendidih ,
campurkan susu ke dalam adunan telur tadi dan kacau.
Roti disapu mentega dan carik-carikkan sesuka hati sesedap rasa.
Kemudian susun roti yang telah di carik-carikkan tu didalam loyang .
tuangkan adunan yang telah dikacau sebati tadi ke atas roti .
pastikan semua bahagian roti tu tenggelam ...
kemudian kukus selama 25-30 minit dengan api sederhana

kuah custrad :

masukkan susu, tepung custard, air dan gula ke dalam periuk kacau sampai pekat dan sebati .
o.k..dah siap..

hasilnya...
.
.
.








Sekian dari dapur cik kiah :P


16 comments:

Lya Colours said...

walawehh ni makan abg bertambah syg ni. kikiki

beautiful_rose said...

sedap! nak cuba nanti....thanks share resipi =)

cheqna said...

sangat rajin..bagus bagus kompem abang makin sayang =)

~AmyLiana86~ said...

wah bagus la mawar nie..mesti abg makin syg nie...hehehe

rATu kEBaYA said...

sedap.. teruja nak buat petang nanti.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@Lya Colours huhu..insyaallah...aminn

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@beautiful_rose cuba jgn tak cuba..senang je :) :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@cheqna tak rajin benanya ..malas ..tapi kna rajinkan diri...aminn..ramai pulak doakan abg sayang nih ...hihihi

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@~AmyLiana86~ nanti amy dah kaen pon misti amy akan masak untuk suami kan ? ...amin ..doa abg syg lagi :P

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@rATu kEBaYA cuba jgn tak cuba...mudah je ni sis ... :) :)

AI said...

- abis x makan tu? berdua aje...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@AI ade lagi 3 potong dalam ice box ....berbuka petang nanti abis la :) :)

[s.u.r.i.a] said...

saya pernah try buat tapi tak bape jadi lepas 2 terus tak buat-buat. haha. bahan-bahan ada lagi 2 tapi takut tak jadi lagi. huuu.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@[s.u.r.i.a] tak jadi su? kenapa tak jadi? abistu jadi mcmmane?

[s.u.r.i.a] said...

ntahla macam kering, tak cukup susu kot. heee.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

@[s.u.r.i.a] ooo..maybe la ..takpe cuba lagi :) :)