Salam Aidilfitri



Bismillah ....


hah..tu tunggu ape lagi tu ? cepat la siap2 pegi Masjid ...
mandi Sunat Aidilfitri dulu ....ingat tak niatnya?
Nawaitul Ghusla Li I’dil Fitri Sunnatallillahi Taa’la

“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah kerana Allah Taa’la”


yang kakak2 tak leh pi masjid tu ...tolong2 la bancuhkan air ..
hamboi...hamboi....macam mak-mak plak bebel pepagi raya nih :P :P :P
makan kuih tu agak2 sikit ye ..takot karang ada yang terkena cir** -Bir** susah ...huhu =__='

cewah..bajet rajin je wat n3 dipagi raya ..
padahal set kan auto publish ...huhuhu :P :P










Bismillah....
Selamat pagi ..selamat bersahur ...
bangun sahur jgn tak bangun...

kami berdua dah nak gerak pulang ke kampung ni ... :) :)
doakan kami selamat pulang ke kampung







Kad Raya buat semua


Bismillah...
Dikesempatan yang ada ini ...saya nak mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
andai ada terkasar bahasa ,
terguris hati,
harap dimaafkan

O-O ye .... ^_____^

Kepada yang balik ke kampung ...
tolong berhati-hati Dijalan raya
kalau mengantuk rehat dulu k ...
kereta jgn lupa servis ...
rumah jgn lupa kunci betol2...
bagitau Jiran sebelah ye ....







Sekian,
Salam Aidilfitri

lagu best !!


Si Comel - Najwa Latif
gambar kredit to Najwa Latif official blog :) :)







*************************************************************************************

Cinta Muka Buku

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


nak dengar ? kat sini



#Wordless Wednesday 1






Bizi .... +___+'

Surah Amalan untuk lembutkan hati anak


Bismillah....

haritu dah cerita pasal sesi bersama Ustaz dan ustazah Semanis Kurma kan ?
hari ni nak share lagi apa yang ustaz dan ustazah dah bagitau kat kami ....

ni hah.. Doa untuk melembutkan hati anak .....Suami pon boleh ...
kalau anak tiup kat ubun-ubun ...
kalo suami jgn tiup kat ubun2....
ubun2 dah keras ..dah tak jalan ...huhu

pastu ade yang cakap ...tiup kat telinga ..
Ustazah cakap kalo tiup kat telinga..masuk telinga kanan...kuar telinga kiri ...
ade pulak yang nak tiup kat pusat .. ala2 romantik gitu
ustaz cakap pon tak boleh ..kalo kat pusat takot kembung perut plak ..hihii

jadi tempat yang paling sesuai ialah kat ...
Leher suami/isteri apabila mereka dah tido ....
jgn pulak dah tiup pegi bgtau plak kat suami

" I dah tiup U supaya U tak marah-marah I lagi.."
confirm la tak jadiiii hoihhhsss.....



yang kat bawah ni pulak ...
Doa supaya orang menghormati kita ..
macam orang tak sombong pada kita ...









o.k...selamat mencuba...

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Bersama Ustaz dan ustazah semanis kurma ^__^


Bismillah....
alhamdulillah semalam dapat berjumpa ngan ustaz dan ustazah
program manisnya kurma ini Semanis Kurma
masa ustaz ngan ustazah ni bagi ceramah,
diorang ade jugak sebut pasal kumpulan sepah tu,
Diorang suami isteri memang terbaeklah..
kata ustaz, diorang tak kisah sebab ianya untuk kebaikan....

tau ke program Semanis Kurma tu?
Setiap malam Khamis
Jam 10.00 malam

antara yang ustaz dan ustazah sampaikan semalam
ialah Amalan 10s
bukan amalan 5s yang kat office tu
tapi 10s untuk jadi orang yang berjenama
meh nak share 10 perkara tersebut :

Salam, Senyum, Syukur, Solat,Sabar,
Sungguh-sungguh, Sayang, Sakaratul maut, Silaturrahim dan soleh/solehah

nak suruh ulas satu persatu memang tak dapek la ..
tak pandai nak ulas ..huhu ..tapi masih ingat antara apa yang ustazah Siti Nor Bayyah ulas ialah mengenai salam...

Beliau ulaskan dalam cerita pendek ini:

ada la 3 orang sahabat nabi datang berjumpa baginda, datang yang pertama memberi salam Assalamualaikum Ya Rasulullah
lalu baginda menjawab saalm dan berkata 10 markah untuk kamu
datang yang kedua memberi salam
Assalamualaikum warahmatullah Ya Rasulullah
lalu baginda menjawab saalm dan berkata 20 markah untuk kamu
manakala datang yang ketiga memberi salam
Assalamualaikum warahmatullah Hiwabarakatuh
lalu baginda menjawab saalm dan berkata 30 markah untuk kamu

jadi faham tak kenapa yang ketiga dapat lebih ?
Sebeb beliau memberi salam dan mendoakan 3 kebaikan
faham kan ?

tengok kadang2 org kita bgi salam ...
asemekom...la ....as'kum la, a'kum je...yang lagi teruk dengar mekom jom..
ish..mane la nak dapat ape macm tu kan ...

jadi, kalau nak bagi salam...
sebut dengan sempurna dan kalau boleh sebut semua..
biar la panjang sekalipun


setakat ni tu je yang dapat saya kongsikan kat sini,
nanti kalau tetiba teringat apa yang disampaikan tu kita share lagi k ...


Dua orang yang kat tepi tu anak ustaz dan ustazah :)
yang ngah kira duit ni pembantu ustaz dan ustazah ...

Beli sebuah buku ni :) mudah-mudahan beroleh manfaat darinya ...Beli jugak minyak wangi ni ...
Minyak wangi ni telah dibacakan doa pendinding :)
ada dua versi ..yang ni Hawa dan satu lagi Yusuf dan Zulaikha kalau tak silap


Yeaaa..sempat bergambar kenang-kenangan dengan ustaz dan ustazah Semanis Kurma ..









Baju Kahwin Merah Putih

Bismillah ...
nak tunggu gambar dari official photographer kenmain lambat lagi ..
oleh kerana dah tak sabar-sabar nak buat N3 pasal baju pengantin merah putih
pakai jelah gambar candid-mendid dari sedara mara nih ...
lantak la gambar tak cantik pon...huk..huk.. janji nampak kan bajunya tu :P

Ni gambar full..kain tu meleret-leret...
seb baik ade Cik Da yang sgt baik hati nak pegangkan kat bahagian belakang tu ..
Thank you so much sayang...

Baju ni disewa daripada : NORAJAN COLLECTION , Pantai Remis
Baju dijahit baru ikot design yang dikehendaki
Harga : sangat-sangat berpatutan


ini skandal puding roti saya ..hihi
~Cik da cayunk ~


Ni pulak Cik Adda yang sgt baik hati tolong jagi pengapit
dan tolong payungkan serta lapkan peloh saya ....
berpeluh walaupun hujan ..o.k.. :P
hujan lebat yang turun kjap je...ianya bagaikan hujan rahmat :):)

Terima kasih banyak2 Adda sayang ... :) :)
Yang ni bersam skandal sebantal sepinggan saya sekarang a.k.a suami mithali ku :P

ni bersama kekanda ku .....ewah
yang ni muka bulat Puan belog :P :P
ade orang cakap...tudung ni dah macam ala-ala hindustan...hihihi
tapi tak de plak niat nak buat wedding ala-ala hindustan :P
kalau korag perasan, baju pengantin lelaki tu design dia same je masa kedua-dua majlis,
sebab Incik Hubby yang nak macam tu ...dia tak nak pakai sampin dan tengkolok bagai ..
kata dia ..rimas, tak bebas bergerak ...
mmm...nak wat guana ...layankan jelah :P:P







Sekian

Puding Roti Simple

Bismillah...

kita kembali ke segmen masak-masak di dapur cik kiah yew ...ewah..hihi
semalam balik umah tengok expired date roti 17/08/2011
maknanya semalam tu dah sampai tarikh expired...

roti ade lagi 5 6 keping ...kalau dibiarkan mmg buang jela jawabnya ..
so kna la merajinkan diri ....

ktong ktang..ktong ktang .... taraaaa..
puding roti yang simple :P

Meh nak share resepi :

Bahan-bahan

Roti 5-6 keping
ikot saiz loyang

1/2 tin : susu cair
kalau guna bekas besar gunalah 1 tin susu
saya guna krimer Sejat F&N yang pink tu
4 sudu besar : gula
tak manis sangat ..kalau yang suka manis..tambah la gula lagi
2 susu kecil : esen vanilla
2 sudu mentega
untuk sapu atas roti
2 biji telur

untuk kuah custard
1/2 tin susu cair
2 sudu besar air
2 sudu besar gula
1 sedu besar tepung custard

cara-cara:

campurkan gula , telur,esen vanilla dan kacau sehingga sebati .
Kemudian masakkan susu sampai panas...tapi jgn sampai mendidih ,
campurkan susu ke dalam adunan telur tadi dan kacau.
Roti disapu mentega dan carik-carikkan sesuka hati sesedap rasa.
Kemudian susun roti yang telah di carik-carikkan tu didalam loyang .
tuangkan adunan yang telah dikacau sebati tadi ke atas roti .
pastikan semua bahagian roti tu tenggelam ...
kemudian kukus selama 25-30 minit dengan api sederhana

kuah custrad :

masukkan susu, tepung custard, air dan gula ke dalam periuk kacau sampai pekat dan sebati .
o.k..dah siap..

hasilnya...
.
.
.








Sekian dari dapur cik kiah :P


Appalam


Bismillah ....
ni baru je selesai Majlis Khatam Quran ...
tapi sayangnya gambar di tempat kejadian nan hadooo....aduyai ..
Hp tak de bateri la pulak ..

:: yang penting halal ::


o.k..o.k...tak pe ...
back to the topic....sape tau appalam tu ape? sila angkat kaki..
Opss...jgn..jgn...kurang sopan manis o.k ..
sejak minggu lepas hidangan nasi kami tak pernah tak de appalam ni
ntah mimpi ape sejak dua tiga menjak
My Incik Hubby suka sgt makan Appalam ni ....
tiap kali makan nasi nak appalam ...
setiap kali ada appalam nak nasi ..
pendek kata dua-dua ni tak dapat dipisahkan la ..
so sekarang ni dah jadi salah satu makanan ruji ye ...hahaha...
dah macam makan kat kedai mamak la pulak .....

tapi mmg penambah selera jugak benda ni sebenarnya
bila makan krupp krappp...kruppp...krappp bunyinya :) :)

taktau lagi ape dia appalam?
Ni hah
.
.
.
.
.
.

taraaaa...

papadom la....







Salam Nuzul Quran


Bismillah



Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Sumber Education Malaysia

Selamat menyambut hari Nuzul Al-Quran ,
hari ni aku ade Majlis Khatam Quran ...alhamdulillah, tahun ni dapat khatam lagi :)

kepada yang bercuti hari ni , selamat bercuti
kepada yang bekerja..ikhlas-ikhlaskanlah diri anda :P
yang nak pegi sogo shopping, jaga anak anda baik-baik ..misti Jalan TAR sesak









Kepada Incik Hubby :
Dok umah elok-elok, petang nanti datang jemput isteri mu ini balik keje ye ...
ingat nak cuti same arini...tapi ade Majlis Khatam Quran kat opis rugi la kalau tak join ..
jadi so sorry ye my dear ...tak dapat nak temankan bie kat umah :)

apekah motif tulis dalam blog ucapan buat suami sendiri ..hahahha
saje ...gatal... macam la incik hubby ku itu bace blog ni pon ... :P :P :P ...sorry ye sume


Sayangi wanita


Bismillah ...
10 minit lagi pukul 4.00....lagi 30 minit dah nak balik ...yeaaa...
aduiyai sejuknya kat opis ni ..dah macam kat kutub utara ...
knape ye sejuk sangat ...ke sebab kita tak makan ??
tu yang buat trase lagi sejuk?
ntah la ...
tadi bosan..tak de nak buat pape ...ternampak ni ....betul...aku pun ada terperasan ...
dalam bulan-bulan yang mulia ni ...
kenapa masih ade yang nak menzalimi golongan yang sepatutnya disayangi ..
yang patut di kasihi dan patut dilindungi ini ????
...sedih pun ade bila bace kisah diorang ...

antara kisahnya

Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel
‘Masuk biliklah’
Wanita lari dari suami dikurung, dipukul kekasih
Bekas kekasih ugut simbah asid
Mengaku perkosa warga emas
Pesara dijel 10 tahun
Jantan tidak tahu malu

ni kisah untuk 2 hari je ni ....
kalau sebulan..tak tau la banyak mane nak listkan ....


:: gambar sumber google ::

tak de ke sikit punrasa bersalah bila menzalimi isteri? kekasih?
anak? cucu? hatta wanita lain sekali pun ??
kenapa tergamak sakiti ciptaan tuhan yang indah itu ??


Kepada Sang Lelaki:

sayangilah isteri anda jgn masa nak ..bersayang-sayang ..dah tak nak melayang-layang

Sayangilah anak-anak anda, sesunggunya anak itu anugerah tak ternilai yang diamanahkan kepada kita.

sayangilah Warga emas, sesungguhnya tanpa mereka kita takkan berada dimana kita sekarang .





harap2 kezaliman terhadap wanita ni dapatlah pembelaan yang sepatutnya ..

Friendster baru ???


Friendster first version


Bismillah,

ntah mimpi ape hari ni tetiba nak la bukak friendster yang dah berkurun tak bukak
*tipu* tak de la berkurun pon ..tapi lame jugak la dah tak bukak
dulu sebelum wujudnya Facebook , friendster la yang top kan?
tapi ade jugak rangkaian social yang lain , tapi yang ni je yang aku hado :P
tagged la hi-five la, my space sume tu nan hado ...aku malas nak register

second version

tapi tetiba bukak je Friendster ....kuar gambo yang macam kat bawah ni *latest version* ??
Musykil dah ni ...ait ..apesal mcm ni ?
dah tak de friendster yang lame tu *yg second version tu*?
alaaaaa....mane ilangnya gambar yang ade kat dalam friendster tu ?
haish ..ke ade url lain ? cecite kalo korang tau pasal ni ....

latest version

Ni la muka depan (front page) friendster baru tu ..
more to main game kot yang ni ..ntah la ..tak paham ako ...
tak cayo? klik disini

tak cayo jugak ?

klik ni

http://www.friendster.com








sekian melaporkan :P:P


Baju Nikah Putih Express


Bismillah ...

haritu sebelum kawen ade buat n3 "baju nikahku musnah!!!!!!!"
memang baju nikah tu tak ku pakai ...
aku cari baju lain .....memang agak susah ..
sebab kesuntukan masa ...masa tu dah 4 may
nikah 4 jun ...maknanya sebulan ..ajak mydear pi beli dia bizi..baju nikah dia pun beli sehari sblom nikah ..hahahha..seb baik ado :p kalo tak pakai baju raya jolah
jadi cari inisiatif sendiri ....

tak tau nak buat macammane ..terus call Kak Nora
Kak Nora tu ialah mak andam masa wedding kat Perak ...
baju Majlis kat perak, pelamin, meja makan sume ambik kat Kak Nora ni ...
call tanya dia..ade tak baju putih untuk nikah ...
size XL nak tanye size tu biar yang confirm muat kan ...
karang mintak size L skali kecik..hah..padan muka

kak Nora cakap ...tak de T____T warghhh..
aduyai ..camno ni ...pastu ajak mydear pi jalan TAR ..
try cari...tak de yang berkenan...
dan baju kaler putih ni susah jugak rupanya nak cari
yang ade tu mahal...bie tak bagi beli ...
dia cakap dah mahal bayar upah wat baju yang tak jadi tu
so untuk yang second ni kna cari yang budget sikit ye ....
alahai

masa berjalan...
suatu hari...telefon berbunyi ..
Kak nora call....rupenya beliau telah jahitkan sepasang baju kaler putih untukku ..
terharu tapi *tak nangis o.k*
jadi....ade dah baju ..rupe mcmmane??....
tak tau ...tapi difikir-fikirkan..
tak pe lah ..janji ade ..lgpun nak pakai kjap je ...:P
baju sanding haruslah ikot citarasa yew :)

o.k...meh tengok ni lah bajunya .
versi duduk....lenguh hoih duduk lelame ...
cheqna dan amyliana practice la dari sekarang :P


Ni lah satu-satunya gambar versi berdiri yang nampak full baju ...
yang lain sume sekerat kalau full pun gambar jauh dan ado jo yang berdiri kat depan...
adik-adik la yang berdiri kat depan den ni ha...


tengok tangan baju tu ..sekerat je lace nya :P
tanye kak tu dia cakap fesyen ....tak tau la fesyen ke hape ..
tapi o.k ..ku belasah je ..
janji putih dan nampak macam baju orang nak menikah ..hahah








kalo nampak tak cantik ..korang simpan je dalam hati o.k ...jgn gtau ai...
kecik hati tau ...hahhahahahha :P :P

Moral of the story : kalo tak kenal orang yang nak jahit baju anda tu ..pastikan dia memang professional ..jgn dengar cakap orang je ye ... dan buatlah persiapan kawen anda seawal mungkin :)

Nuffnang terbaik


Bismillah ....

dari sehari ke sehari nak update pasal ni ...
tapi hari ni jugak la nampaknya baru terupdate :P

hasil daripada "surat cinta buat nuffnang"
dapat 2 BE ....satu kat sini satu lagi kat sinu :P

Terima kasih nuffnang ..
Sejak Register Nuffnang pada

sampai sekarang...tak de nak register iklan lain dan tak de terlintas pun ..
ewah ...motif bagitau ni ialah ------> "Kesetiaan"
ayat macam BF nak yakinkan GF je :P
padahal malas nak register yang lain bagai

memang tak mengecewakan ...jumlah pendapatan sekarang
tak de la riban-ribon macam orang yang famous amos tu
tapi lebih la daripada gaji sebulan sehari :P
tak de la banyak mane pon... :P:P
alhamdulillah ...rezeki jugakkan

dulu pk gak nak bli oven ke microwave pastu rasenya
elok bli oven kot??? ade gak bace perbezaan oven ngan microwave ni
tak tau la mane better ...nak bli dua-dua???...... pitammmm...huhu

mmmmmmm






..lantak la bli yang mane satu pun ...dah cukup duit tu ...
dah earn baru fikir nak bli yang mane atau tetiba nak bli benda lain plak :P


"Silakan tutup talipon anda sekarang"

Bismillah ....
Sejak jumaat ...
tekan..tekan...tekan..nombor telefon yang sama
sejak jumaat ...
asyik dengar suara yang sama...

"silakan tunggu "

silakan tekan butang "Nol??"
butang nol tu butang ape? haish

"nombor yang anda dail sedang sibuk "

dan akhir sekali

"Silakan tutup talipon anda sekarang "
nak tutup ngan ape ni? ngan kain ke ? huhuhuhu



agak susah nak hubungi 'pejabat' ini ..
aiyo... jadi datang ke tak ni ??
karang tunggu tak datang ..
tak di tunggu datang pulak ...
haish ...konfius den ..







"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim"


Bismillah ...

owh..hari isnin...kau tiba lagi ...huhu
semalam hujan lebat ...jadi malas sungguh nak bangun pagi...
seb baik tersedar jugak untuk bersahur :) ...

pagi ni bukak je blog ...rupanya telah di TAG oleh amyliana
lama dah rasenya tak menge TAG dan di TAG ...
Amy, Thanks ya ...

panjang pulak mukhadimah nya :P




1. Copy banner di atas dan pastekan daLam entry korang bertajuk
"Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim" DONE

2. SudikanLah diri untuk foLLow bLog F.I yang tak seberapa ni .
Dan juga bLog Cikgu FiQrie ni sebab dia sponsor duit raya . hihi .
KaLau tak foLLow macam mane nak tau news pasaL GA ni ye dak ? DONE

3. Tag 3 kawan korang .

Ratu Ar- Rahman a.k.a Zira --> belajar2 join GA ni =P
Lya Colors --> Do All Thing With Love
hawe --> Cahaya Kewanitaan :) :)

DONE

4. Link kan banner tu ke entry GA F.I ni okey .

DONE

5. Postkan link korang kat comment eyh .

DONE

Hadiah :

1. Kad raya big size + 3D kartun + bunyi2 & Duit raya RM20

2. Kad raya kecik sikit dari size yg no.1 & duit raya RM15

3. Kad raya size sederhana & duit raya RM10

4. 3 orang pemenang saguhati akan menerima kad raya & duit raya RM5


Pemenang akan dipiLih oLeh encik random memandangkan ini bukanLah contest .
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Ogos 2011 .
Kesemua hadiah akan diposkan kepada anda pada 22 Ogos .








Selamat menjoinkan diri ye korunk ..tuah ayam nampak di kaki tuah manusia mane tau kan ..
tak terpilih pun xpe ...dapat tambah kawan :) :)

bila jalan jemm.....


Bismillah

hari ni mood nak taip n3 baru macam suam-suam kuku la pulak ...
tak tau la kenapa sejuk betol kat opis rini
haish ...tak patuh btol...
kan semalam dah cakap suhu pejabat kerajaan kena standardize 24 darjah
T____T ........ :P

jam dah dekat nak balik ni ....
haish kna harung jem ..
tiap-tiap hari pon camtu
kalau balik tepat 4.30 o.k la sikit ...
akan sampai umah dalam 4.50
kalau balik kol 4.45 ke pkol 5.00
haish ...mau sampai umah pukul 6.00
perjalanan 15 minit boleh sampai sejam....
ni kalau naik motor macam hari-hari pi balik kerja ..
kalau naik kereta ....haaaahhhhh sempottt...
mau sejam lebih baru sampai

pastu..
kalau jalan jem dan pemandu kereta yang tak sabar buat hal ..
sepanjang jalan akan dengar bunyi hon ...
piiiiinnn...sana...pooonnnn sini
aduyai pening !!

dan tak ketinggalan incik hubby
dia pon dah macam hobi pulak tekan hon moto dia tu ..
hon dia pulak ade banyak kategori tau ...hahahha
meh nak cerita :P

kalau orang masuk tak bagi signal :
PINNNNNNNNNNNNNNNNN
hon sampai kereta tu betul2 masuk lane yang dia nak masuk tu

kalau orang cakap kat telefon sambil drive :
PIN PIN
org cakap kat telefon leka..tambah2 kalau berSMS

kalau nak potong dan driver kereta tu cam berangan means macam tak alert
Bunyi slow je ..macam dia tekan sikit je
PIN
nak bagitau kami nak potong ni :P

kalau orang potong sayur kat depan motor dia :
PINNNNNNNNN..PINNN..PINNN...PINNN..PINNNN
nah kau ...kurang asam btol..

ni memang akan ku lalui setiap hari ....haish
sabo jelah ...bahaya tu tetap ade ...kna la tanggung risiko

pernah jugak tanye incik hubby

"bila agaknya nak hantar pakai kereta ni? " jawapannya "kamu suke tak dengar Bie membebel sepanjang jalan ?"

Owh..ofkos tak suke...karang marah kat orang lain aku yang kena tadah telinga :P:P
naik motor tak leh nak borak2, jadi tak perlu tadah telinga ...hahahhaa
o.k la ....tak pe la lagi pun naik motor save jugak budget ... isi full tank baru RM7.00
hihihi...kereta pakai kalau nak jalan jauh atau keluar dari KL je ..
dalam KL ... NO CAR







Salam Perantauan


Bismillah...
hari ni hari ke sebelas puasa
lagu raya bukan main rancak lagi berkumandang ....
pastu siap dah ade pulak yang dedicate ucapan untuk orang tersayang
aduyai ...
baju raya tak beli lagi nih ..camno?

Ni bukan salam perantauan ..
ni salam percintaan ..hahahhaa


nak tengok orang yang dedicate ucapan tu ?
nihah --------->

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



daripada :Rostam Hassanollah, Bakhtiari Khawb, Hasbollah Maideeen, Mohameeed Jazakallah Merican, Mahathir Amzaaal dan Ahmad Khaireee Mohyedeeen

Kepada : Kerajaan Bangladesh, sanak saudara dan rakan taulan di Dhaka, tidak lupa adik manis di Malaysia.

Ucapan : Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin , maaf kepada bonda dan ayahanda di kampung, anakanda tahun ini tidak jadi balik sebab tauke bayar triple. Assalamualaikum.

***********************************************************************************







adik manis-adik manis sekalian ..
terimalah ucapan dari abang masam ini ... Ngeeeee :P

gambar dah macam nak hantar kat majalah mangga la pulak :P

Kemalangan di Bangi - Tolong doakan mereka semua selamat


Bismillah...
Menaip dalam keadaan yang masih agak risau ...
alhamdulillah Syaz tak kritikal ..
Syukur kehadrat ilahi
semalam hampir jam 2 baru dapat lelapkan mata
sampai rumah dari hospital serdang jam 12.45, tapi mata masih tak boley lelap

tak tau macammana kemalangan ni boleh berlaku
tengokkan kereta memang rasa akan bercampur-baur
kereta tu totally lost

nak baca tentang kemalangan tu kat sini
salah seorang yang terlibat dalam kemalangan tu
My Dear Cousin sebelah incik hubby

dia sekarang berada dalam keadaan stabil
cedera di bahagian dagu , atas mata dan tangan (semua ni berjahit)
Semalam masa aku pegi melawat dia...
rasa sayu je hati tengok muka dia yang bengkak dan terbaring ...masa tu dia dah tertido ..
mungkin penat dan sakit ...

pagi ni jam 9.00 pagi tadi dia masih kat hospital untuk cek mata
Kak Ross doakan Syaz cepat-cepat sembuh

Gambar yang diambil masa Majlis perkahwinanku

kawan-kawan,

tolong doakan kawan2 syaz yang lain pun cepat sembuh seperti sediakala
laporan utusan cakap :

"pemandu dan penumpang hadapan kereta itu tersepit ekoran kemalangan tersebut.Dua lagi penumpang belakang tidak mengalami kecederaan. Kedua-dua pelajar yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut"

salah tu ... "empat2 cedera"
semalam
salah seorang kawannya
tu agak kritikal dikejarkan ke HKL
kerana mengalami kecederaan kat kepala
tolong doakan supaya dia cepat sembuh....dan semuanya o.k .. :'(

dan lagi dua orang kawan beliau tu cedera kat bahagian kaki...
tapi yang sorang tu dah balik rumah malam tadi tak kena tahan kat wad
yang sorang lagi masih kat wad.







Sekian

Header Transparent


Bismillah ...
Hujan la kat luar ...
mata jadi berat ..
dan perut berdondang sayang ...huhuhu

tapi janji misti ditepati ...
"lembu dipegang pada tali, manusia kena pegang pada janji kan ? :P "
o.k ...memandangkan dah janji ngan cheqna dan Lya
nah ..ini dia tutorial Header transparent versi mawar berduri

kalau nak versi orang lain , boleh tengok disini
Junk street
She is ummu
The Beauty of silence
Belog Vs Diary

mungkin tutorial diorang lagi mudah difahami :) :)


First sekali
Sila download ini :

Photoscape
Gimp

kalau dah ade , tak payah download lagi dah o.k
lepastu cari font yang cantik2 kat sini :

Freefont

bila dah dapat font yang cantik ...save dalam satu folder katakan " folder x "
cari pulak apa-apa gambar yang anda minati
seperti :

gambar sendiri atau boleh jugak ambik dari google
pastu save dalam" folder x"

pastu bukak la gimp
klik Open macam kat bawah ni
klik " folder x" tadi
klik pada gambar font yang dah di save tadi
kalau nak buat pada gambar , klik la pada gambar mana yang korang suka


Kemudian, right klik pada tulisan tu
dan akan terhasil seperti rajah di bawah
letak cursor kat
layer
transparency
add alpha channel

lepastu korang boleh gunakan ketiga2 ikon dibawah untuk buang bahagian yang anda tak suka
(untuk jadikan tulisan tu transparent )
harap-harap korang paham la ye :) , tak pandai nak terangkan sangat :P

lepas anda dah klik kat bahagian putih ..
akan kelihatan seperti dibawah.pastu klik 'delete' yang ada pada keyboard korang
dan akan kelihatan seperti dibawah


pastu lastly
klik File
save as
dan akan kelihatan seperti dibawah
jangan lupa tukar nama kepada
.png
save jugak dalam "folder x" tadi


Jangan lupa buat satu kotak transparent yang size nya sama macam size header
947 x 334
tak faham yek? o....ambik ni ...
save je yang ni
jgn lupa save kat " folder x" jugak o.k
siap satu part ,
ulang semua langkah pada setiap gambar atau tulisan yang nak dijadikan header

*************************************************************************************
sekarang bukak photoscape pulak

klik pada editor

kemudian klik pada "folder X" tadi
akan keluar gambar tak bahagian tepi tu
seperti rajah dibawah

Kemudian ..
klik pada gambar header transparent yang dah dibuat atau disave tadi
yang size 947 x 334 tu
dan ia akan kelihatan macam di bawah


Kemudian klik pada Object
( kotak yang ada gambar bukit dan matahari )
seperti rajah dibawah


Kemudian klik photo yang atas sekali
kemudian pilih "folder x"
dan pilihlah tulisan atau gambar apa yang korang nak gunakan untuk buat header tu


setiap kali nak masukkan gambar
ulang langkah tadi
klik ikon bukit dan matahari
select photo
dan select gambar yang dikehendaki
boleh jugak ambik je font yang ada kat situ
dengan klik tulisan T tu

siap save ...






o.k dah boleh ganti header lama ye kawan-kawan :))))
kalau ade yang kurang jelas boleh tanya kat kotak komen ye ...

Sekian .