Bismillah ...
Soalan 1
ADAKAH dibolehkan kita mandi tanpa memakai kain basahan
kerana ada pendapat yang mengatakan boleh dan sebaliknya. Malah ada yang
mengatakan sekiranya mandi tanpa kain basahan, syaitan akan bergantung pada
aurat kita. Bagaimana pula keadaannya jika suami isteri mandi bersama.
Jawapan 1
Bagaimanapun, perintah ini sunat saja dan mandi berbogel jika bersendirian dibolehkan kerana buku feqah menyatakan ada riwayat mengatakan Nabi Ayob dan Nabi Musa berbuat demikian.
Sungguhpun bersendirian, adalah makruh melihat aurat sendiri kecuali ada tujuan tertentu seperti memendekkan bulu ari-ari dan perkara seumpamanya. Berbeza pula jika sudah berkahwin. Bagi pasangan suami isteri, halal untuk melihat keseluruhan aurat pasangan.
Sunnah bagi mereka untuk mandi bersama, menggosok sesama sendiri kerana Rasulullah sendiri melakukannya bersama isterinya.
Soalan 2
SAYA ingin bertanya, apakah hukum jika kita mandi dalam
keadaan berbogel? Bagaimana pula jika seorang ayah memandikan anak
perempuannya yang masih kecil berusia antara satu hingga dua tahun? Minta
diperjelaskan
Jawapan 2
Hukum mandi berbogel ialah makruh. Ibu bapa yang mandi bersama anak dalam keadaan telanjang atau bogel dikhuatiri boleh merosakkan akhlak anak itu pada masa depan.Perlu diingatkan bahawa manusia ditemani dengan malaikat yang tidak pernah berenggang bagi mencatat amalan baik dan buruk dilakukan manusia pada setiap masa. Jika kita mandi dalam keadaan bogel di depan anak, biarpun berusia masih mentah, sebenarnya kita sendiri sudah menerapkan akhlak yang tidak baik, kurang malu dan jaga maruah diri. Wallahu a’lam.
3 comments:
very very very good reminder :-) tq so much...
tq for sharing
sharing is caring.. terimakasih..
Post a Comment